Alhamdulillah adik gua selamat menjalani pembedahan pembuangan tonsil di dalam mulut, diharapkan semuanya kembali normal. Selepas pembedahan pembuangan, Puteh muntah-muntah hampir 10 kali dan membuatkan dia lembik dan tak bermaya, oleh sebab itu pihak hospital terpaksa cucuk tangan untuk masukkan air. Selepas pembedahan juga Puteh seperti meracau, bercakap perkara yang bukan-bukan didalam keadaan separa sedar, mungkin kerana kesan bius yang masih kuat. Diharapkan hari ini Puteh lebih baik dari semalam, gua juga mengharapkan pihak hospital tidak melakukan sebarang kesilapan ke atas Puteh.
4 ulasan:
Berapa tahun umur dia ni? Insyaallah cepat sembuhnya..
pizli--> 5tahun.. terlalu kecik untuk menghadapi penyakit mcm ni...haih..
insyaALLAH cepat sembuh... amin.
gua doakan dia cepat sembuh... amin..
semoga cepat sembuh yer adik biskut..dah la nak raya nie..kesiann die...
Catat Ulasan