Bazar Ramadhan 2011: Taman Cheras Jaya, Balakong

Bazar ni adalah bazar kat kawasan rumah gua, kecil je tak besar pun. Tak berpeluh pun kalau pergi tapi ramai orang kilang, kawasan rumah gua ni kawasan kilang. Dah lama gua tak ke bazar ramadhan, hujan tiap petang. Antara juadah yang ada di bazar ni:


Roti Boom & Murtabak ↑

Ayam Percik ↑

Sata & Otak-Otak (adik gua dengan kawan dia punya) ↑

Roti John Abang Malaya (kawan punya) ↑

Air (Macam-macam warna) ↑

Air Soya gua dah rasa, roti boom gua dah rasa, boleh tahan. Rasa semua ada, mungkin satu hari nanti gua nak cuba menu lain. Gua jarang pergi sini sebab kurang pilihan, serius.

2 ulasan:

pizli berkata...

Lama jgk aku dah tak makan ayam percik.. Mungkin boleh try hehehe..

BISKUTMARIE(",) berkata...

Aku kalu bab ayam2 ni mmg xbeli la, sbb dulu penah terkena. Ayam tak masak, tobat da nak beli. Kat mne2 pun, bek suh bapak aku bakarkan. Huhu..