Kisah Si Katak (Episod 2)

Katak mematikan lompatannya, katak tidak berdaya lagi, tidak mampu lagi untuk melompat, tenaga katak sudah tidak ada lagi. Katak tercungap-cungap kepenatan, sudah tidak mampu melarikan diri. Makhluk itu betul-betul dihadapannya sekarang, riak wajahnya menampakkan kemarahan. Katak hanya mampu menyerahkan dirinya kepada takdir! Makhluk itu menghampiri katak, melangkah kedepan, semakin hampir ke katak. Katak tidak mampu bergerak, hanya mampu melihat tindakan makhluk itu. Selangkah demi selangkah makhluk itu menghampiri katak, katak tidak bergerak walaupun seinci. Tidak bermaya lagi katak untuk bergerak, semuanya terletak pada takdir. Katak itu sekarang betul-betul di hujung ibu jari kaki makhluk itu, terlihat katak sesekali menelan air liur tergamam dan ketakutan. Peluh katak sudah tidak boleh dikawal lagi, mencurah hebat tiada kawalan membasahi tubuh katak. Makhluk itu mengangkat tinggi kakinya seperti hendak memijak hancur tubuh katak, katak hanya memejamkan matanya, seperti tidak mahu melihat tindakan makhluk itu. Dilepaskan angkatan kaki, menuju tepat tapak kaki makhluk itu ke arah katak. Menjerit katak sekuat hati apabila melihat penuh tapak kaki makhluk itu menuju ke arah dirinya, kaki makhluk itu tingal 2-3 inci lagi sebelum ia menghempas mati katak itu. Dalam pada saat yang genting itu,tiba-tiba datang lagi satu makhluk yang lebih besar dari makhluk yang pertama tadi, lalu berbahasa kepada makhluk lagi satu.....








"Haris, kenapa main jauh sangat?". "Mana selipar ni? Kan mama da pesan nak main kat luar kena pakai selipar." "Dah jom masuk, hari dah maghrib da"










notalututkebibir:- kejamnya manusia!!

2 ulasan:

Aina Rahman berkata...

hehehe..kesian kat makhluk yg bernama katak itu..hampir2 dipijak!!

erkk..geliiii

Unknown berkata...

esok da ade anak jgn biarkan die main sorang²...
eeuuuwww....
hehehe..
:D