Kisah Si Katak (Episod 1)

Sedang katak bermain-main konda kondi keseorangan, tiba-tiba dia didatangi seekor makhluk yang amat menggerunkan. Katak terus tergamam dan tidak bergerak mahupun mengelipkan matanya setelah makhluk itu betul-betul dihadapannya, hati katak sudah tidak setenteram sewaktu bermain konda kondi tadi. Makhluk itu memandang tepat ke arah mata katak sambil mengerut-ngerutkan dahinya, daripada mata kasar, makhluk itu seperti marah kan sesuatu. Katak semakin resah melihat keadaan mahluk itu, sedikit demi sedikit katak menapak kebelakang sambil memerhatikan makhluk itu. Makhluk itu mengikut gerak katak, sedikit demi sedikit gerak menapak kehadapan, seperti tidak mahu melepas katak. Katak tahu dirinya dalam bahaya tetapi katak tidak mampu lakukan apa-apa, lebih-lebih lagi makhluk itu 1000 kali ganda besar darinya. Sekali-sekala katak memandang ke belakang seketika untuk melihat ruang dan peluang untuk melarikan diri dalam semak yang tebal, katak masih lagi memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri dari makhluk itu. Makhluk itu cube manghampiri katak yang sedang ketakutan itu. Katak pula menjauhkan dirinya daripada makhluk itu dengan sekali lagi cuba menapak kebelakang sambil matanya tidak berkelip memerhatikan gerak geri makhluk itu. Katak tahu jika dia tidak bertindak pantas dirinya akan menerima nasib malang, malang seperti nasib saudara maranya.

Katak sudah mendapat satu idea untuk menyelamatkan dirinya tetapi dia masih meragukan ideanya tu, katak masih lagi berkira-kira untuk memutuskan apa yang hendak dilakukan disaat-saat genting seperti itu. Makhluk itu masih lagi memerhatikan katak, seperti menunggu masa dan ketika untuk menerkam, seperti menunggu saat katak melakukan kesilapan. Dalam pada masa saling berpandangan itu, katak hilang dari pandangan makhluk itu. Katak melakukan satu tindakan pantas tanpa dijangka oleh makhluk itu, dengan mengunakan teknik melompat katak cuba mnyelinap didalam semak untuk meloloskan dirinya. Makhluk yang bengis tadi menjadi semakin marah terhadap katak lalu mengejar meredah semak mengikut jejak katak. Katak memperhebatkan lompatannya cuba melarikan diri dari makhluk itu, sekali sekala katak menoleh kebelakang melihat makhluk itu di belakangnya. Katak semakin laju dengan lompatannya, makhluk bengis itu juga melebarkan langkahnya mengejar katak seperti tidak mahu melepaskan katak itu. Dalam keadaan yang bercampur baur, katak menyelinap disetiap ruang yang membolehkan die melarikan diri dari makhluk itu. Segala usaha yang dilakukan katak masih belum membuahkan hasil, makhluk itu masih lagi dibelakang katak mengekori rapat.

Katak sudah semakin penat, lompatannya semakin lemah tetapi katak masih lagi tidak mahu putus asa. Makhluk itu masih lagi dibelakangnya, sesekali makhluk itu cuba memijak katak yang berada di hadapannya. Dengan ketangkasan katak, dia dapat mengelak tindakan makhluk itu. Katak meneruskan lompatannya yang sesekali diganggu dengan batu-batu, sampah-sampah, kayu-kayu, tapi itu semua tak membuatkan katak berputus asa melarikan diri. Katak semakin penat, katak masih lagi tidak dapat melarikan diri dari makhluk itu. Fikiran katak menjadi buntu, cemas, penat, takut. Katak sudah tidak tau hendak berbuat apa, lompat, lompat dan terus melompat. Katak semakin kekurangan ruang melarikan diri, seakan menemui jalan mati dihadapan. Katak panik, makhluk itu semakin hampir, rapat dibelakang nya. Katak mengubah lompatannya ke kiri, makhluk yang sebentar tadi rapat dibelakangnya terperdaya dengan helah katak tetapi makhluk itu masih lagi dapat mengesan katak. Makhluk itu melajukan hayunan kakinya cuba merapati katak semula, tindakan katak tadi hanya memisahkan dirinya dengan makhluk itu hanya sementara. Makhluk itu masih dibelakang katak, katak sudah tidak bermaya lagi untuk melarikan diri..........





**apakah yang terjadi pada katak? tunggu sambungannya dalam Kisah Si Katak (Episod 2)

Tiada ulasan: