Peserta Separuh Akhir 2 Blogger Master Chef |
Chef Fadli |
Udang digoreng terlebih dahulu (goreng kunyit) |
Penyediaan sos 3 rasa |
Proses akhir masakan |
Udang Nenas 3 Rasa |
Chef Fadli & Chef Kak Lily |
Bahan-bahannya:-
1- Cili
2- Halia
3- Bawang Putih
4- Bawang Merah/Besar
5- Tomato
6- Udang
7- Sos Tomato & Sos Cili
8- Nenas
Cara-caranya:-
1- Penyediaan Sos 3 Rasa
- Kisar Cili, Halia, Bawang Putih dan Bawang Merah/Besar sehingga lumat.
- Panas kuali dan sedikit minyak untuk tumisan.
- Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.
- Kemudian masukkan Sos Tomato dan Sos Cili, kacau hingga sebati dengan bahan tumisan.
- Tambahkan sedikit garam dan gula untuk rasa yang lebih menarik.
- Cincang Nenas kepada bahagian yang kecil untuk tambah kemanisan rasa sos ATAU tuangkan sedikit air Nenas kedalam sos.
- Akhir sekali masukkan Tomato kedalam sos
2- Penyediaan Udang
- Gaulkan Udang yang siap disiang dan dibelah belakang dengan kunyit dan sedikit garam, untuk rasa yang lebih pedas boleh gaulkan bersama serbuk cili.
- Panaskan kuali dan sedikit minyak untuk menggoreng.
- Gorengkan Udang dengan api yang perlahan untuk memastikan Udang masak sepenuhnya.
- Kemudian gaulkan Udang yang telah dimasak kedalam Sos 3 Rasa tadi. Siap.
* Ini resepi gua, amacam? Menarikkan? Boleh cuba, tak faham boleh tanya gua. Panggil gua Chef Fadli, ok! Sedikit INFO mengenai Master Chef.
- MasterChef Program Information
- Date Start: 22nd October 2011.
- Day: Every Saturday – Wednesday.
- Time: 9.00pm.
- Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL - http://www.astro.com.my/portal/master-chef
- Facebook - http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter – www.twitter.com/MasterChefMY
5 ulasan:
wah terrornya masak..udang tiga rasa lagi..cayalah
kakIna--> nmpk je terror, hahaha... Akak lg terror..huhu
Wah pandai memasak memang sedap lah ni layak begelar blogger masterchef malaysia...
*jgn lupa saksikan masterchef di mahamahu.com
keluar TV keee nnti?
nk tgk !!!
hurm... nampak menyelerakan....
thanks share resepi.. ^_^
Catat Ulasan