MasterChef Malaysia

Bahang kehangatan rancangan MasterChef Malaysia semakin terasa, kebetulan pula gua layak ke Semi Final Astro Blogger MasterChef Contest yang akan diadakan di The Cooking House Sri Hartamas pada 8 Oktober 2011. Berdebar rasa 1 badan ni, apa la jadi nanti ye? Contest ni pun dibuat sempena menghangatkan lagi rancangan MasterChef Malaysia yang bakal ditayangkan nanti.


Ujibakat mencari calon MasterChef Malaysia telah pun berakhir, ujibakat diadakan di 5 lokasi dan telah mendapat sambutan yang hangat. Antara lokasi ujibakat adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan rancangan MasterChef Malaysia akan ditayangkan pada 22 Oktober 2011 bermula 9:00 malam di saluran Astro Ria 104, kita saksi ramai-ramai siapa bakal Juara. Lelaki atau Perempuan?


Kenapa dan bagaimana gua boleh layak ke Semi Final Astro Blogger MasterChef Contest? Lu orang boleh klik sini --> Blogger MasterChef Yang Pertama

6 ulasan:

[sutera kasih] berkata...

serious????
wowwww..bgtau k if u terpilih masuk TV egege

pizli.mw berkata...

Aku nak masuk hari tu, sekali tengok tarikh semi dia sama dgn tarikh ada aku kahwin terus cancel. Confident je aku hahahaa..

Unknown berkata...

suterakasih--> haha, xmungkin masuk tv...

Unknown berkata...

pizli--> gua masuk ni pun sje je, suke2.. rse mcm lawak plak, takut pun ade.. haha

Rean berkata...

wow hebat! semoga terus ke final!! hehe

Unknown berkata...

iMbobo--> gua kandas di semi final...