Himpunan 1,000,000 Umat

1 perhimpunan raksasa akan diadakan pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Himpunan Sejuta Umat ini bagi memberikan kesedaran dan membendung ancaman akidah umat Islam di Malaysia. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad dan juga dikenali sebagai HIMPUN dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO-NGO Islam) dari seluruh negara dan perhimpunan seperti ini yang pertama kali diadakan di Malaysia.


Dengan itu semua dijemput hadir bagi menjayakan HIMPUN ini, majlis ini juga diserikan dengan alunan Asma Ul-Husna, bacaan ayat-ayat Al-Quran, Nasyid dan bermacam-macam acara keIslaman turut diadakan. Perhimpunan ini juga TIDAK berkaitan langsung dengan mana-mana PARTI POLITIK! Info mengenai HIMPUN seperti dibawah:-



OBJEKTIF

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

TENTATIF

22 Oktober 2011 | Sabtu
2.00 petang hingga 6.00 petang
Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat ( akan dikemaskini dalam masa terdekat) :
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan  wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lanjut boleh layari WWW.HIMPUN.ORG, boleh juga layari facebook HIMPUN

Tiada ulasan: