Semi Final 2 Blogger Master Chef

Gua memang pandai masak, pandai beerti tak bebal, pandai tak beerti masakan gua sedap gila. Bolehlah setakat nak main masak-masak, kalau nak buka restoran tu belum lagi la kot. Keputusan Separuh Akhir Blogger Master Chef siang tadi mengesahkan memang gua tak layak ke pusingan akhir, gua bagi peluang kat 'otai' Jejai untuk ke akhir. Dia antara 5 finalis dan dia juga adalah 1-1 nya peserta lelaki yang layak ke pusingan akhir, hebat.


Masa pertandingan memasak siang tadi, gua berkongsi meja dapur dengan Ciklily, akak ni memang mersa alam. Gua ada kata-kata untuk kakak, "Andai saya ada mengganggu kakak ketika masak tadi silalah maafkan saya ya, saya hanya insan biasa". Akak jangan terharu ya, haha.


Bahan utama pertandingan adalah udang, jadi semua peserta kena masak udang. Tak kira la masak apa pun, janji udang tu tak bertukar jadi haiwan lain. Persoalannya disini apa yang gua buat dengan udang tu? Nanti gua kemaskini, buat masa ni gua tengah fikir kenapa masakan gua tadi tak layak ke pusingan akhir?


Chef Fadli


  • MasterChef Program Information 
  1. Date Start: 22nd October 2011.            
  2. Day: Every Saturday – Wednesday. 
  3. Time: 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)


10 ulasan:

CikLilyPutih berkata...

tak ganggu pun, malah ko jadi geng k lily borak2 kan hehehehhehe.. x menang tak per janji dpt voucher minyak 100 hengget kan, leh gi dating ...

BISKUTMARIE(",) berkata...

CikLily--> bkn takat dating kak, bukak pump minyak pun bole.. haha

ROXY berkata...

whoaaaaa. best2 tahniah. even tk dapat ke next level. :)

Puan Kutu berkata...

wow goreng kunyit sudah udang tu.haha..

aque berkata...

takziah.....
teruskan usaha lagi... hehehhe

p/s: nak rase masakan boley??? hehhehe

[sutera kasih] berkata...

gambar udang tu mana???hehe

BISKUTMARIE(",) berkata...

roxy--> hahaha, tq

BISKUTMARIE(",) berkata...

puan kutu--> haha, markah tak banyak nnt...

BISKUTMARIE(",) berkata...

aque--> haha, boleh je nak rasa tp kena bayar la, huhu

BISKUTMARIE(",) berkata...

suteraKasih--> udang menyorok...