Cinta Gua Cinta Rock

Mula saling berkenalan sekitar tahun 2003, menuntut di sebuah kolej yang sama. Perbezaannya cuma dia senior dan gua junior, umur kami berbeza setahun. Tiada panggilan kakak atau adik digunakan sepanjang perkenalan kami, walaupun begitu kami adalah kawan sekolej tak lebih dari itu. Kukuhnya persahabatan kami juga adalah kerana dia merupakan kawan rapat bekas kekasih gua masa kolej dulu, segala permasalahan dia merupakan orang tengah, tempat merujuk dan tempat meluahkan perasaan.

Lepas kolej masing-masing dengan haluan sendiri, jarang berjumpa dan jarang menghubungi sesama sendiri. Kerjaya diutamakan, ia berlaku dari sekitar tahun 2006 - 2010. Masa berlalu agak pantas, banyak benda yang berlaku ketika itu sehingga membuatkan gua dan dia jadi rapat semula. Saling berhubung, saling berjumpa tetapi atas dasar kawan. Gua menjadi tempat dia mengadu dan dia menjadi tempat gua mengadu, kami saling menyelesaikan masalah dan menjadi pendengar yang baik. Hubungan yang dulu hanya sebagai kawan telah berbeza, perasaan juga sudah lain. Perantaraan aku kau yang digunakan dulu juga telah bertukar, kami saling memanggil nama untuk melembutkan lagi perbualan harian.

Kami saling jatuh ke dalam lubang cinta tanpa disedari, tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk kami saling bercinta. Perasaan bertukar tika kami saling meluahkan perasaan, sehinggakan hingga ke hari ni perasaan seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku menghantui fikiran. Kami lalui keadaan ini dengan baik tanpa menoleh belakang, mungkin inilah jodoh. Gua menerima keadaan ini, gua gembira ada dia, gua rasa bahagia ada dia. Dia seorang yang tenang, penyabar, berpendirian, bercita-cita, sikapnya banyak buat gua rasa senang. Tulang belakang gua adalah dia, banyak sokongan moral dan kata-kata semangat dari dia buat gua semakin tabah. Gua suka..

Selamat Hari Lahir gua ucapkan kepada si dia yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini 28 Jun 2011 yang ke-27, harap semua yang dihajati akan menjadi kenyataan, berjaya dalam kerjaya dan dimurahkan rezeki, InsyaALLAH.

Jalan cinta gua mungkin tidak semanis jalan cinta lu orang tapi inilah cinta gua, banyak benda pelik yang berlaku tapi itulah dia....



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cinta tak perlukan alasan tuk jatuh cinta.

cinta memang pelik =)

pizli.mw berkata...

Selamat hari lahir awek kau.. Semoga kawin cepat.. hehe..

Unknown berkata...

MakNgah--> ye betul... pelik sungguh, hairan... hahaha

Unknown berkata...

pizli--> Tq, insyaALLAH kalau ade rezeki nanti...

suezen berkata...

lollypop!!!! epy besday!!!

Unknown berkata...

sue--> hahaha, kalu die tau ni mesti die tergelak... tq...

Tanpa Nama berkata...

thank you so much syg for the entry post...thanks also for the wishes and the bouquet of roses + 2 teddy bear...
aside to pizli & sue, thanks a lot too.

love you: LoL!pOp :)