Cari Nahas: Ragut

Mungkin dah kurang kedengaran berita tentang mangsa ragut, meragut, teragut dan seangkatan denganya, mungkin juga jenayah seperti itu sudah tidak mendapat sambutan para penjenayah. Apa tindakan kita untuk terus mengurangkan jenayah ragut?

Gua tengok dan perasan masih ramai yang leka hingga boleh mengundang diri diragut, kebanyakannya makcik-makcik. Leka seperti ini tidak membantu untuk mengurangkan jenayah ragut, sama sekali menarik minat penjenayah untuk lebih melakukan aktiviti meragut. Antara kelekaan yang gua nampak dan perasan terutama di jalan raya:

1- Meletakkan beg tangan dicelah antara penunggang dan pembonceng motorsikal.
2- Memegang beg tangan dengan menyangkutkannya di bahu ketika menunggang motorsikal.
3- Meletakkan beg tangan di dalam bakul motorsikal tanpa menutup atau menyembunyikannya.
4- Memakai barang kemas ketika berjalan atau menunggang berseorangan.

Kelekaan seperti ini boleh mengundang padah pada diri sendiri, diri sendiri perlu lebih berhati-hati & berwaspada dan tidak melakukan kelekaan seperti ini. Ada beberapa cara untuk mengurangkan peratus diragut, antaranya:

1- Berjalan bertentangan arus laluan jika berseorangan dan letak@pegang beg tangan mengikut lawanan jalan (sekiranya laluan jalan sebelah kiri, letak@pegang beg disebelah kanan)
2- Elakan memakai barangan kemas ketika berjalan atau menunggang berseorangan, ini mengurangkan pandangan peragut terhadap lu orang
3- Sentiasa cuba sembunyikan beg tangan sebelum memulakan tunggangan supaya sukar dilihat dan kurang menonjol

Lebih kurang macam itulah cara-caranya, mungkin lu orang ada cara tersendiri. Walau apa pun caranya pastikan ianya dapat mengaburkan mata peragut dari terus melakukan ragut terhadap lu orang. Kepada makcik-makcik diharapkan lebih berhati-hati, kepada anak makcik-makcik sentiasa ingatkan mak-mak lu orang supaya lebih menjaga keselamatan diri. Emas mungkin mahal tapi tak boleh membeli nyawa, ingat!


Tiada ulasan: