SAP ECC6



Gua tengah belajar dan selami ilmu mengenai sistem baru yang di perkenalkan dan di bawa masuk dalam tempat gua bekerja, SAP ECC6. Mulai Julai 2011 semua kerja akan melalui sistem ni, tak perlu Excel atau Word lagi, tak perlu tanya orang sana sini. Penggunaan sistem ini memudahkan lagi perjalanan sesuatu kerja, lebih-lebih lagi bila melibatkan tuntutan duit kepada pelanggan (claim to client). Kalau seposen dua takpe lagi tapi ni melibatkan duit yang berjuta ringgit, kemasukan sistem ini bakal melicinkan lagi perjalanan aliran tunai (cash flow).

Mungkin di tempat-tempat lain SAP ini telah lama di gunakan, kebanyakannya di jabatan kewangan (finance department). Di tempat gua bekerja ianya baru di bawa masuk (kecuali finance deparment), penggunaannya di seleraskan di semua jabatan mulai Julai ini. Gua pun tak berapa faham sangat mengenai SAP ini tapi dari trainning pertama semalam sedikit sebanyak membuatkan gua faham apa tugas utama sistem ni.


Tiada ulasan: