Pastikan

Mula je gua bangun tido gua akan pastikan taik mata dibersihkan, jarang sekali gua menguap tutup mulut. Lepas sesi membersihkan mata gua akan pastikan yang gua mencapai tuala yang kering, kalau basah gua tak selesa nanti. Dalam bilik air gua akan pastikan gua memberus gigi dulu, takut nanti terlupe pulak. Sebelum mula mandi gua akan pastikan kepale gua dibasahkan dulu, ini bagi mengelakkan gua kesejukan ditahap melampau.

Selesai mandi gua akan pastikan rambut gua kering, gua tak suka air menitik-nitik dari rambut. Kering badan kena lap gua akan pastikan gua memakai seluar yang telah digosok sterika panas, dan yang paling gua akan pastikan seluar gua di zip rapat. Gua juga akan pastikan baju kemeja gua dibutang kemas dan mengikut urutan selain dimasukkan dalam seluar dengan cermat dan gua akan pastikan pas kerja tergantung cantik dileher.

Selesai berpakaian gua akan pastikan motosikal 2 roda gua dipanaskan enjinnya selama hampir 5 - 10 minit, baru tunggangan gua nanti selesa. Sebelum tunggangan gua akan pastikan topi keledar disarung dan diikat kemas tanpa memberi gangguan pada rambut gua yang ala justin bieber ni, jangan gelak. Sebelum meneruskan perjalanan gua akan pastikan pintu pagar rumah gua ditutup rapi tanpa rasa malas dan iri hati, elak rumah dimasuk pencuri.

Dalam perjalanan yang menyejukkan bersama motosikal, gua akan pastikan meter tidak melebihi 100 kmh bagi memastikan perjalanan gua lebih selamat dan sukses. Setibanya di tempat kerja gua akan pastikan motor gua dikunci ketat dan padat, mengelakkan topi keledar gua dicuri buat kali kedua. Gua juga akan pastikan langkah gua disusun rapi bagi menjage reputasi sebagai bujang terang tang tang, baru market tak jatuh.

Setibanya gua di pintu pejabat untuk sentuh pas kerja gua PASTI lewat, lewat dan lewat. Ini kerana gua terlalu pastikan apa yang gua buat, gua pasti.

2 ulasan:

pizli.mw berkata...

Hahahaha..

Unknown berkata...

pizli--> jgn gelak2...