Apa yang tak kena dengan juruwang kaunter ni pun gua tak tahu, muka usah cerita la dia punye kelat. Muncung panjang sedepa, perempuan muda. Lepas scan barang main campak je barang-barang tu semua, bukannya dia tak tahu barang tu kaca. Kot ye pun lu ada masalah tak perlu la tunjukkan masalah lu tu kat pelanggan, kalau pecah barang tu macam mana? Gua menjeling lolipop bersuara, juruwang tu sikit pun tak pandang, takut kot.
Bagi gua, kalau lu tak boleh berhadapan dengan orang atau lu ni memang tak reti hormat orang lebih baik lu tak payah jadi juruwang. Buat malu syarikat je, lebih baik lu berhenti je. Hormat pun takde sopan apa tah lagi, memang jahanam la. Mungkin juga juruwang-juruwang ni perlu dihantar kursus untuk menjadi seorang juruwang yang bagus, kursus menghormati pelanggan, kursus senyum, kursus kesopanan & kursus menghadapi masalah. Gua percaya tak semua juruwang macam tu, ada 1-2 je yang hancur. Lepas ni gua akan pilih kaunter juruwang yang betul supaya tiada masalah yang berlaku, haih...
4 ulasan:
Tak suka kerja berhentilah..
report je kat ketua dia..comfirm nama dia naik..
pizli--> geram dgn org mcm tu tp tu la tak boleh nak marah sgt, haihh... sabar je la...
amyliana--> kite pun mls nak keruhkan keadaan, harap die sedar dgn perbuatan die tu... tp kalu jumpe lg mmg nahas la, hahahaa
Catat Ulasan