Menabung


Dari kecik lagi kita dah mendengar pasal amalam menabung, cikgu sekolah pun selalu pesan suruh menabung. Masa tu tak berminat pun nak menabung, buat tak tahu je apa yang dipesan, kalau menabung pun baru nak mencapai tahap RM2 mesti da guna. Penyudahnya duit tu habis, kesian. Mintak suruh mak belikan tabung tomato la, tembikai la tapi habuk pun takde. Mana yang ada bakat seni yang melampau siap buat tabung sendiri, dari tin milo la, botol minuman la, macam-macam.

Masa zaman sekolah dah berpuluh tahun berlalu, sekarang zaman mempertahankan kerjaya. Keluar pagi balik malam, cukup bulan ambil gaji. Bila tengah sesak, baru teringat kata-kata cikgu dan pesan mak ayah lalu terfikir dan berkata " Kan bagus kalau aku menabung dari kecik". Sayang, semuanya sudah berlalu tapi masih belum terlambat untuk memulakan tabungan. Jom menabung....


Mana lah tau dari hasil menabung ni boleh buat kerja kahwin, tak payah nak buat pinjaman bank. Mak ayah pun tak pening kepala nak tambah perbelanjaan yang tak cukup nanti, pasti semua orang senang hati. Banyak faedah dari menabung ni kan? Lu orang agak duit dalam gambar tu cukup ke nak kahwin?



8 ulasan:

Mimie.Candy Cane berkata...

aku ada 2 tabung..satu tabung impian [untuk beli barang yg aku impikan] dengan tabung keperluan.setakat ni tabung keperluan selalu gagal nak penuh.tabung impian plak baru 2 kali mencapai sasaran..

ni bahana dia kalau tak belajar menabung dr kecik

pizli berkata...

Dulu aku kumpul duit 50 sen.. skrg dah sesak takdelah hehehehe..

roxy berkata...

wow! byknye! nka kire jugak la kitenye duit syiling dalam botol tu. mane tau cukup tok kawen ke?? hahahahhaa

~AmyLiana8886~ berkata...

cukup ke byk tu? duit mas kawin pun xcukup rasenya..heheheheh

Tanpa Nama berkata...

mug snoopy same mcm aku nye..
hahahaha.. :D

*pn. munie ;)

nuna_sarah berkata...

kalau tiap kali sengkek korek tabung mmg bukan tabung namanye..uhhh

Lieza Ag berkata...

hohoho kejew lbh lg bro...heheh

Lieza Ag berkata...

rjin² la mnambung bro...eheeh