Ada yang meniaga lauk-pauk, air minuman, ayam panggang, nasi kukus, kuih-muih, roti john, lemang rendang, ikan bakar, kuih raya, jahit baju melayu, baju kurung dan macam-macam lagi. Meriahnya di bulan Ramadhan, selain peniaga orang yang berpuasa pun turut terkena tempias kemeriahan bulan Ramadhan ni. Masa ini lah kita dapat melihat perlbagai jenis masakan tradisional, kuih-kuih tradisi, buah kurma dari pelbagai negara, perlbagai jenis minuman panas dan sejuk, ayam golek yang dipanggang secara depan, murtabak yang besar dan macam-macam lagi makanan yang dihasilkan dari kreativiti peniaga sendiri.
Kepada peniaga-peniaga di bazar ramadhan atau juga di rumah, gua mengharapkan biarlah ikhlas dalam perniagaan. Jangan taksub pada keuntungan semata-mata, kalau meniaga kuih tu biarlah ada rasa manisnya, kalau meniaga lauk-pauk biarlah ada rasa masinya, kalau meniaga kuih raya biarlah cukup sukatnya, kalau meniaga menjahit baju biarlah betul jahitannya. Buat sesuatu tu biarlah dari hati, baru ada jiwa.
2 ulasan:
Hehehe betul.. Jangan meniaga ala kadar sebab nanti habis pahala puasa aku sebab memaki peniaga masa berbuka sebab makanan tak sedap..
hahahhahaha! kalo berniaga..bg muke manis sikit!
Catat Ulasan