Opera Hidup

Tisu
Putih bersih dirinya
Lembut halus hatinya
1 rupa pelbagai guna
Tersentuh, musnahlah ia

Pokok
Hijau, tenang melihatnya
Berserabut pada akarnya
Hidup tenang air di dalamnya
Kemarau tiba, pupus hidupnya

Pembaris
Panjang lurus bentuknya
Setiap inci boleh di kira
Dibentuk pula pelbagai warna
Tapi patah kerana kerasnya

Pemetik Api
Di pandang cantik
Di belek menarik
Di usik pelik
Di simbah minyak perit



Hidup ibarat tisu, pokok, pembaris dan pemetik api.



Sambutan malam Hallowen segelintir umat Islam di Malaysia

Tak kurang hebatnya malam Hallowen ni di Malaysia terutama di Kuala Lumpur, meriah. Caranya berbeza dan berlainan sekali dari negara asal pesta malam Hallowen, di Kuala Lumpur mereka meraikan pesta ini di 'night club' atau dalam bahasa lainnya disko.

Bukan kebanggaan bagi gua kalau umat Islam Kuala Lumpur meraikan malam Hallowen, 1 tindakan yang sama sekali jauh dari ajaran Islam untuk meraikan pesta-pesta sedemikian dengan berpakaian ala-ala 'devil' atau dengan bahasa yang paling tepat iblis.

'Bertanduk' merah menyala, mewarnakan muka, memakai sayap ala pari-pari, Mungkin ini tidak menampakkan lagi kejahilan mereka, di tambah pula berskirt pendek menampakkan peha dan mengenakan dengan baju menampakan dada yang sejemput.

Bagi mereka ianya hebat tanpa menghiraukan apa pandangan orang lain yang juling mata melihat gelagat mereka, dasyat. Mereka mungkin tidak sedar mereka di lahirkan dari golongan dan dalam golongan umat Islam. Tidak perlu berpesta sampai berperwatakan seperti iblis, kesian.



*iblis tengok pun 'confirm' geleng kepale


Q Bistro Cheras port Gay

Gua sekarang berada di Restoran Q Bistro, tiada apa yang menarik di waktu siang. Hanya beberapa keluarga makan petang membawa anak-anak, selain beberapa 'couple' bergadget di sini.

Itu di sebelah siangnya tapi tahukan lu orang bagaimana suasana malamnya? Memang 'happening' dan pening melihat gelagat kumpulan-kumpulan' mat gay. Di sini memang tempat melepak dan bertemu 'pasangan' bagi golongan ini.

Meluat dan geleman melihat gelagat dan kerenah mereka, bertubuh sasa, muka 'macho' tapi sayang gay. Jangan tertipu dek wajah yang tampan dan tubuh badan yang mengiurkan, di sini mereka adalah gay.




*Mereka tak se-macho gua lagi, kalau gua tak macho tak kan la 'minah-minah' nyah usha gua. Mintak simpang.....



Yes

Hari ni gua tewas, gua tak tau nak update apa. Yes..........
Minggu depan gua nak muat naik gamba banyak² dalam blog gua, oh gosh.......


miRC

kau: asl plz?
dia: 16/m/kl, awk?
kau: 16/f/kl, awk kl area mane?
dia: cheras, awk?
kau: cheras gak
.......................................................................


Masa ni gua masih sekolah lagi dan masih bergetah walaupun tak semacho sekarang, zaman berubah. Berapa agak² umur lu orang 'time' ni? Channel ape lu orang selalu masuk? Mamak? Kampung?


* Time ni galak kena kan orang, haha...


Pelakon Terbaik

Gua tau berita ni pun dari 'paper', meriah je gua tengok. Happy je gua tengok muka dia dalam 'paper' tu, ala bernasib baik je. Nasib sebab gua bukan pelakon, kalau gua pelakon mesti susah jugak Bront nak menang anugerah Pelakon Terbaik. Gua tau bakat lakonan gua memang ada dalam diri, malas je nak serlahkan. Takpe lah, gua pendam kan je dulu.

"Di umumkan pemenang anugerah pelakon terbaik bagi tahun 2010 adalah.....(paluan gendang yang mendebarkan)..... BISKUTMARIE" (gemuruh dewan dengan tepukan artis² yang baru nak naik).




* mat jenin pun tak macam ni





Uncle, uncle

'Uncle, uncle tau bancuh air milo?' pertanyaan seorang kanak berumur 3 tahun semasa gua tengah kusyuk memandu kenderaan selaju 80 kmj. Gua geleng kepala sambil tergelak yang membuatkan gua hilang fokus semasa memandu, bahaya betul.

Tak beberapa selepas tu, dia tanya gua lagi. 'Uncle, uncle tau bukak lampu bilik air?'. Gua tak boleh tahan, gua gelak sampai urat belikat gua lari sket. Agak 'funny' budak tu, kadang-kadang memang buat orang tua macam gua gelak sampai hilang akal.


*Lu orang tau bukak lampu bilik air?


Penangan Maher Zain

Sedang gua asyik mendengar keasyikan alunan muzik lagu serta merdu suara Maher Zain di corong speaker komputer opis, gua di sapa keras oleh rakan sekerja.

Member gua: "Ko boleh pakai 'earphone' tak? Aku dah bingit dengar lagu yang sama je"

Gua hanya mampu menelan air liur sambil terkebil-kebil, sungguh dahsyat hinaan itu. Gua akan maafkan beliau esok, pedih ni.

1995

Gua berada di tahap umur 10 tahun, masih comel dan bergetah. Gaya sikat rambut belah tengah menjadi kegilaan pada waktu itu, bukan setakat kanak-kanak je malah abang-abang remaja juga turut mengayakan gaya rambut begitu.

Pada tahap umur yang masih terlalu muda gua di berikan 1 nikmat kehidupan yang agak aneh pada ketika itu, gua sudah mempunyai awek. Apa pun bukan gua yang ayat, minah tu yang ayat gua. Pada masa tu tiada lagi sifat ingin menjadikan minah tu sebagai isteri gua, kanak-kanak mana tau apa-apa.

Berkawan lebih kurang 2 tahun, berjumpa hanya di sekolah itupun malu-malu. Tiada isitlah "hangout" atau "dating", tarikh lahir minah tu pun gua tak tahu. Apa yang gua tahu masa tu, nama dia, nama bapak dia dan kelas apa.

Masa darjah 6 gua 1 kelas dengan minah tu, gua di lantik menjadi ketua kelas dan minah tu di lantik menjadi penolong gua. Kebetulan semuanya berlaku, konon kata orang jodoh. Kanak-kanak mana tau apa-apa.

Tamat persekolahan darjah 6 gua dengan dia terputus hubungan kerana kami di sekolah menengah yang berbeza, tiada cara untuk berhubung ketika itu. Handphone mana ada, telepon rumah plak kena kunci hanya boleh tekan 999 je. Lagipun gua tak pernah tau no telepon rumah minah tu.

Takde perasaan apa-apa pun tika saat terpisah, kanak-kanak mana tau apa-apa. Itulah 1 nikmat kehidupan yang gua lalui seawal umur 10 tahun, terlalu awal bagi seseorang untuk menjiwai hubungan sebagai kekasih.

Sekarang semua sudah berbeza.......



p/s: belajarlah dari pengalaman



Pembayaran PTPTN melalui pemotongan KWSP (Akaun 2)

Mungkin ramai yang liat untuk membayar balik pinjaman dari PTPTN, tak yah cakap orang la, gua sendiri pun liat nak bayar. Salah 1 cara yang boleh kita buat adalah dengan membuat pembayaran melalui pemotongan KWSP (Akaun 2). Cara memang mudah JIKA dokumen yang di perlukan lengkap, pasal gua dah buat. Gua akan kongsikan dengan lu orang dokumen apa yang perlu dan TIDAK perlu dalam membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP.

Cara-cara:-

1- Pergi PTPTN (Bukit Damansara) untuk membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP, nanti dorang akan suruh kita isi form. Mereka akan hantar 1 surat pengesahan ke alamat rumah lu orang (7 hari bekerja), surat tu yang lu orang perlu bawak pergi KWSP nanti. Peringatan! Surat pengesahan tu hanya valid untuk 3 BULAN dari tarikh kepale surat tu, ingatnya.

2- Belum boleh mohon lagi walaupun lu orang dah dapat surat pengesahan dari PTPTN tu, lu orang perlukan dokumen yang lengkap dulu. Dokumen apa? Soalan yang baik, dokumennye adalah:-

a)Kontrak antara lu dengan PTPTN, ala yang lu sain banyak² muka surat tu. Mase mula-mula lu orang mula belajar. Hilang? Macam mana boleh hilang? Tapi takpe, lu orang boleh dapat balik kontrak lu orang tu (salinan). Lu orang boleh dapatkan salinan tu dengan memohon di cawangan PTPTN di KL SENTRAL (bukan di Bukit Damansara), jangan lupa untuk membawa sekali duit RM90.00. Ye, salinan tu berharga RM90.00. Dorang akan hantar salinan kat rumah korang (7 hari bekerja)

b)Surat Pengesahan yang mula-mula gua cerita tadi tu, PTPTN akan bagi 2 helai. Original bagi KWSP (semasa permohonan) salinan lu simpan.

c)Salinan Kad Pengenalan, cara nak buat salinan pun kena betul ye. Salinan di buat ATAS (depan) dan BAWAH (belakang) pada 1 keping kertas. Peringatan! Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN original semasa membuat permohanan. Wajib

d)Sijil Pelajaran (Diploma/Degree), sijil salinan juga nak ye. Sebagai bukti yang lu orang ni adalah pelajar Kolej/Universiti, original pun jangan lupa bawak ye, Wajib.

e)Full Transcript sediakan 1 salinan juga ye. Original pun jangan lupa, wajib.

3- Dokumen pun dah lengkap baru boleh buat permohonan, pertama sekali pergi dapatkan borang di kaunter pengambilan no giliran. Dorang akan bagi 1 borang untuk memohon, siap dengan cara-cara dan dokumen yang di perlukan. Pastikan form di isi dengan betul

4- Lepas isi form baru amek no giliran, menunggu lah anda sehingga ke saat no anda di panggil. Petugas KWSP akan check salinan dokumen lu orang dengan dokumen original, tu sebab dokumen yag original kena bawak sekali. Wajib.

5- Jika semuanya OK, petugas akan tanya berapa banyak pemotongan yang kita nak dari Akaun 2 KWSP kita. Mengikut kehendak kita, nak buat penuh boleh (kalu tak sayang duit dalam akaun 2 la) dan buat sikit pun boleh. Terpulang dan mereka akan tanya kita cek tu nak di hantar terus ke PTPTN atau nak di hantar ke rumah lu orang, tapi nanti lu kena hantar cek tu sendiri la kat PTPTN. Tempoh cek akan siap dalam masa 3 minggu paling maksimum

Dokumen yang tidak perlu di lampirkan:-

1- Penyata KWSP
2- Slip Gaji
3- Surat Beranak mahupun surat pajak



*kalau masih tidak jelas, lu orang boleh tanya pihak KWSP mahupun pihak PTPTN secara terus



Kembali ke sekolah

Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah setelah sekian lama menamatkan persekolah pada tahun 2002, apa yang pasti gua bukanlah menjejakkan kaki ke sekolah lama gua mahupun sekolah lama bapa gua.

Gua menjejakkan kaki ke sekolah adik gua, Muhammad Faiz namanya. Tahun ni SPM, sekolah memang dekat dengan rumah. Untung budak zaman sekarang, sekolah depan mata. Masa gua dulu sekolah berkilo-kilo, basah ketiak menapak ke busten. Zaman dah berubah

Gua ke sekolah adik gua bukanlah mengantikan parents gua untuk mengambil kad laporan mahupun membayar yuran tertunggak, gua ke sana atas urusan adik dan abang. Adik ke sekolah naik motor abangnya dan abangnya nak ke tempat kerja menaiki motonya. Pening? Gua akan terangkan

Gua pergi kerja naik motosikal bukan naik pacuan 4 roda, kadar tol dan harga parking yang melampau membuatkan gua naik moto ke tempat kerja. Lepas gua bersiap nak ke tempat kerja, gua tengok motosikal cari makan gua dah takde. Gua tanya bapak gua, bapak gua jawap adik gua bawak pergi sekolah. Hebat adik gua, bermotosikal ke sekolah sedangkan sekolah depan mata. Adakah beliau berfikir yang gua akan berjalan kaki ke tempat kerja?

Dengan itu gua mengambil langkah menapak ke sekolah beliau dan berjumpa dengan beliau, berminyak jugak muka walaupun jarak antara sekolah dengan rumah agak dekat. Kawalan ketat di sekolah, kena isi form. Nama, no IC, waktu masuk dan waktu keluar, semua kena isi. Bagus, keselamatan adik gua terjamin di sekolah tu. Lepas isi form kena naik pejabat pulak, sampai je pejabat sekolah gua cakap gua nak jumpa adik gua. Sekali cikgu tanya adik gua kelas apa, gua terpinga-pinga. Baru gua tahu arini yang adik gua kelas 5 Harmoni, sedap nama kelasnya.

Selepas selesai semua urusan bertemu lah gua dengan adik gua, perasaan marah gua terpaksa sorok demi menjaga airmuka gua dan airmata adik gua. Riak muka adik gua sedikit menampakkan ketakutan, gua kan abang hahaha. Malu jugak mula-mula masuk sekolah, teringat zaman² sekolah dulu



p/s:- Muhammmad Faiz, kelas 5 Harmoni (gua akan ingat sampai bila-bila)

Pelakon Korea

Statement ni bukan gua sendiri reka, ini di suarakan oleh seorang makcik yang gua kenali. Beginilah bunyi statement die...

"Dah macam pelakon Korea" sebaik dia melihat gua keluar dari kereta..

amacam....? hahahaha....


UNICEF, Stop Child Abuse!



Brutal² gak, rock² gak tapi hati gua lembut bukan bermakne hati gua dalam ada taman. Gua dah menyatakan sokongan gua terhadap kempen yang UNICEF ni buat, lu orang bila lagi. Lu orang bole design sendiri tangan bagi menunjukkan yang lu orang sokong kempen ni. Tak yah susah², lu orang klik je iklan yang ada kat belah atas & kanan blog gua.

myfriends2u.com

gua baru join beberapa hari lepas, ok gak. Lu orang dah join blum? Lu orang sign up pastu jgn lupe add gua. K cau...


1991

Umur baru mencecah 6 tahun, mengikut tahun. Penghujung bulan 12, time budak cuti sekolah. Astro masih belum wujud, tv kat rumah masih lagi sebesar-besar alam. Time tu tengah top Power Ranges ngan Ultraman tu pun gamba tak berape clear. Sikit² kena adjust arial atas tv, kadang² kena kejutan elektrik.

Mak cakap tak sakit, nanti dapat duit banyak. Ruang rumah ramai yang datang, sikit hingar bingar. Ada 3-4 orang menanti dengan debar di dada, takut. Mak cakap kalau tak nangis mak bagi duit lebih, sikit sebanyak buat bertambah gagah. Demi duit, suka. Masanya telah tiba, melangkah kaki ke bilik terlihat 3-4 orang termasuk mak dan ayah. Makin berdebar, perkara biasa di rasakan kanak². Mak senyum menceriakan suasana.

Zassss....... Berlaku dengan pantas, tiada lelehan air mata. Berjaya menahan dan melawan ketakutan. Berbaring sambil memakai kain pelekat yang tergantung macam kelambu, duit bawah bantal makin banyak. Mak cakap nak jadi lelaki kena potong.


Perbincangan: Pengkid a.k.a Tomboi

Entri Perbincangan ini akan membincangkan isu-isu semasa di Malaysia, bagi menguraikan kesulitan pemikiran dan berkongsi pendapat-pendapat dari lu orang semua. Untuk entri ini, gua akan menyediakan beberapa soalan dan juga pendapat gua. Untuk permulaan episod entri Perbincangan ini, mari kita huraikan isu Pengkid a.k.a Tomboi.


Pendapat Gua:
Perempuan lebih suka berdamping dan bemersa dengan Pengkid selepas gagal dalam bercinta, pada pendapat gua ini di sebabkan Pengkid lebih memahami perasaan perempuan kerana naluri Pengkid dan sifatnya adalah perempuan jadi mereka tahu apa yang di perlukan oleh perempuan. Ini membuatkan perempuan lebih selesa dengan mereka, tak hairan lah mereka lebih memilih untuk bersama Pengkid walaupun terang-terang dalam ISLAM melarang dan mengharamkan hubungan sesama jantina (jenis).

Pengkid bijak mengambil hati perempuan dan memujuk, ini yang tidak dapat di lakukan oleh kebanyakan Lelaki. Walau ada yang pandai tapi masih tidak setanding dengan golongan Pengkid, ini terbukti. Cukup ke dengan adanya sifat-sifat begitu untuk menandingi Lelaki? Bagi gua golongan Pengkid ini masih tidak dapat menandingi sifat Lelaki, ini hakikatnya. Kejadian ALLAH tiada tandingan dan tiada tolok bandingnya.

Nasihat gua pada mereka (perempuan) yang setia kepada Pengkid ini, kembalilah ke pangkal jalan. Banyak keburukan dari kebaikan, percayalah. Percayalah Perempuan hanya untuk Lelaki bukan untuk Pengkid! Kepada Pengkid, semoga menemui jalan yang betul semula.

Soalan Gua:
1) Apa yang di cari seorang perempuan bersama Pengkid? Wang? Keseronokan? Kebahagian?
2) Apa yang di cari Pengkid bersama perempuan?
3) Di mana lahirnya Pengkid?


-Kongsikan pandangan anda atau mungkin anda pernah melalui pengalaman bersama Pengkid mari kita sama kongsikan.


Klik sini EDISI 2 !!!






Berkat, Selamat

Die ni ade kenan kamera↑


Pada 2 Oktober 2010 merupakan hari pertunangan member gua 1 opis lain department yang agak montel, dengan bertemakan warna purple yang memungkinkan beliau nampak lebih kecil dari size asal. Apa-apa pun gua mengucapkan Selamat Bertunang buat Ani dan pasangannya Zahar (nama gua men petik je ni). Hantaran gua tak pasti, tapi gua syak dalam 10k. Rate terbaru masa kini, bak kata makcik² kat opis. Semoga bahagia ke jinjang pelamin tak kira berapa hantaran dan dulang, amin.......





-tiba-tiba gua terfikir masa depan, seronok......

Ketam Masak Cili

Mangsa menunggu pemangsa ↑

Hidangan ketam semakin pupus ↑

Makan tak boleh bercakap ↑

Saki baki a.k.a sisa
- kalau nak kira berapa ekor ketam gua makan, gua memang tak tau. Lagipun penimbang bukan ada sebelah gua, menurut tuan rumah ketam yang dorang masak ialah 6 kilo. Ini tak campur menu-menu yang lain, sambal sotong, gulai lemak udang, kerabu pucuk ubi, ikan bakar dan ayam goreng. Gua memang hantu ketam, gua cuba untuk mencipta lagu untuk ketam. Puisi ketam pun gua tengah create....




Ketam

Kalu tidak kerana ketam tidak la aku memandu bebatu-batu ke Sekincan, tunggu laporan penuh di entri akan datang. Dasyat giler......