Ramalan



Apa lagi lelaki nak bercerita kalau tak pasal bola, jarang nak jumpa lelaki kaki bangku melainkan yang dah melalui proses pembedahan di luar tabii. Mungkin ramai yang membuat ramalan awal Manchester United akan bertemu Barcelona pada peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011, nampaknya ramalan tu semakin menjadi kenyataan.


Ini kerana 2-2 pasukan telah memenangi perlawanan Separuh Akhir pusingan pertama, walaupun gua tak tengok perlawanan 2 gergasi kelab bola sepak ni tapi gua dapat merasakan auranya. Terlebih dahulu Manchester United melakar kemenangan ke atas Schalke 04 dengan 2 berbalas 0, ini merupakan 1 bekalan yang selesa yang di bawa MU untuk pertarungan pada peringkat kedua pula.


Manakala Barcelona membenam musuh tradisi Real Madrid juga dengan kemenangan yang sama 2-0, Messi merupakan pemusnah bagi Real Madrid pada pertarungan malam itu. Apa-apa pun ini baru perlawanan pusingan pertama, segala keputusan akan ditentukan pada perlawanan peringkat kedua. Gua masih dengan ramalan gua, Manchester United akan bertemu Barcelona pada pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011.


1 ulasan:

pizli berkata...

Lain kali kalau nak patahkan kaki player lawan sampai kena kad merah, patahkan kaki Messi.. :D