Char Koey Teow Permatang Pauh, Penang





Tak lengkap kiranya tak pekena Char Koey Teow kalau sampai Pulau Pinang, baru-baru ni gua telah melayangkan diri gua di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam, dengan kesempatan ini gua cuba menikmati Char Koey Teow yang terletak di Permatang Pauh. Char Koey Teow disini dikata antara yang terbaik di Penang.


Melihatkan jumlah pelanggan yang datang sudah menunjukkan keenakan Char Koey Teow disini, selain Char Koey Teow di restoran ini juga ada menjual Nasi Lemak bungkus dan juga Sate. Gua dan beberapa rakan yang lain telah mencuba Char Koey Teow, memang sedap dan terbaik. Kuahnya pekat dan dihidangkan bersama udang yang besar selain sedikit pedas yang membuatkannya bertambah sedap, memang mengiurkan dan menaikkan selera makan.


Cadangan gua kepada yang bercadang nak ke Pulau Pinang supaya mencuba keenakan Char Koey Teow Permatang Pauh, terbaik...


5 ulasan:

Leena berkata...

Dah makan jugak...memang terbaikkkk =D

kupu-kupu biasa berkata...

gua ada niat nk komen... tp gua xtau nk komen ape... hahahaha... mungkin gua ble komen pasal rambut depan lu?.. awat lurus bangat dowhh... hehehe... comel tp lurus..

BISKUTMARIE(",) berkata...

Leena--> mmg terbaikk...

BISKUTMARIE(",) berkata...

kupu2 biasa--> tu dari sudut pndangan kamera mmg nmpk lurus...
dari sudut penglihatan nyata nampak lebih Korean beb...
hahaha

Dayangku Nabilla Huda berkata...

glurpp...terliur pulak.nak ke sana kena naik 2 flight.pergh..