Kampung Talam (Episod 1)

tuk....tuk...tuk...
Kamal mengetuk pintu kayu rumahnya tergopoh-gapah. "Assalamualaikum" salam Kamal tidak berbalas. Berlari Kamal ke pintu belakang rumah kampungnya. "Jah oh Jah" Kamal memanggil isterinya. "Mana pulak si gendut ni" Kamal mengeluh sambil menyebut nama timangan untuk isterinya. Kamal bergegas pula ke tingkap rumahnya sambil menarik-narik kot kot ada tingkap yang tidak berkunci tapi ternyata semuanya terkunci rapi. Kamal berlari ke rumah jiran sebelah. "Mak Siah oh Mak Siah" jeritan Kamal memecah kesunyian petang di Kampung Talam. "Apo kono ko ni Kamal, tersampok setan ke?" marah Mak Siah pada Kamal. "Mak Siah nampak tak Jah saya?" tanya Kamal pada Mak Siah yang juga merupakan isteri Pak Senin ketua Kampung Talam. Jelas kelihatan pucat di muka Kamal, berselang seli peluh menitik dari muka ke tanah.



"Mano Mak Siah nampak, tongah hari tadi adolah" balas Mak Siah. "Mana pulak lah semua dalam rumah tu, saya dah tak boleh tahan ni. Da hilang sabar dah ni" Kamal tidak dapat mengawal perasaannya. "Ko cakap dengan Mak Siah, apo yang terjadi sbonar eh?" Mak Siah cuba mengawal keadaan sambil menjeling ke-kiri dan kanan. "Bukan apa Mak Siah, ini masalah peribadi. Kalau boleh tak nak libatkan sesiapa" cerita Kamal bersungguh-sungguh. Kamal semakin gelisah, matanya melihat disekeliling mencari isterinya. "Kunci rumah pulak tertinggal kat dalam rumah" sambung Kamal kepada Mak Siah. " Bawak bersabar Kamal, setiap masalah ado penyelesaiannya" sekali lagi Mak Siah cuba mengawal keadaan. "Kalau Mak Siah nak sabar, Mak Siah sabar sorang-sorang" nyata Kamal tidak bersetuju dengan pendapat Mak Siah........



bersambung.......



- saksikan drama Kampung Talam setiap hari Jumaat hanya di shahazril.blogspot.com




5 ulasan:

suezen berkata...

eheh.....~_~

Mimie.Candy Cane berkata...

ehehhe..aku suka.aku suka.

QASEH ALYN berkata...

nape yer...hehehe..

Tanpa Nama berkata...

ala...
npe ari jumaat sajer??
nape bukan ari laen??

eza2odette berkata...

cerita berpisod y payah ni.. nnt aku addict.grrrr