Janda Baik International Rainforest - A0006

Sesi ulang belakang atau #throwback, blogspot pun gua hash-tag juga. Bulan tiga haritu gua join trail running Janda Baik, running pembukaan di tahun 2015, niat tahun ni running trail je, tak mau marathon. Sambil-sambil beraktiviti gua bawa sekali family kecik gua, bagi bau-bau hutan sikit. Konsep ala camping, khemah, sungai, basic je lah sebab anak gua kecik lagi, wife gua pun bukan biasa camping-camping ni. Ini sesi pengenalan aktiviti outdoor buat wife dan anak gua, lepas ni gua perkenalkan sesi yang lebih dalam sikit, at least boleh tahu macam mana hidup dalam hutan, boleh juga tahu susah senang gua cari makan dalam hutan.

Trail running gua sukses tanpa kecederaan, trail running ni biasa la, lari jalan raya sikit, lari hutan sikit, lari naik turun bukit sikit, lari redah sungai sikit. Sikit campur sikit campur lagi sikit ada la 21 km gua lari, akhirnya dapat la medal finisher dengan t-shirt.













Tiada ulasan: