SPECIAL STEAMBOAT - IFTAR

Steamboat paling special gua pernah makan, macam-macam jenis menu untuk dimakan, bebola udang, bebola ketam, bebola sotong, bebola ayam, bebola ikan, telur puyuh, ketam, udang, mee segera dan macam-macam lagi. Paling special bagi gua dah tentu la ketam, isi gemuk-gemuk, puas hati makan, udang pun terbaik, segar dan manis isinya. Telur puyuh pun menarik, antara kegemaran gua, kecur air liur sembang pasal makan ni.

Steamboat special yang gua maksud kan ni dibuat oleh mak gua, berbuka puasa di rumah mak, teringin nak makan steamboat katanya. Siap beli periuk steamboat lagi, senang nak masak katanya. Semua jenis bebola mak gua beli, nak puas hati katanya, ketam besar-besar mak beli, kalau kat kedai steamboat lain mak cakap ketam halus-halus, tak puas. Pinjam gua punya dapur camping sekali, macam makan kat kedai steamboat betul. Cayalah mak...

Bendi dengan Kobis Bunga pun ada

Udang segar

Telur Puyuh

Sebahagian menu

Buah tak tinggal - Betik & Mangga

Kanan Tomyam, kiri Sup



1 ulasan:

suezen berkata...

terliur akuuu