Tesco EXTRA Cheras, Taman Midah - Aduan

Gua nasihatkan kepada pihak pengurusan Tesco Cheras ni supaya pantau barang-barang yang dijual, malu kalau Tesco sebesar ni tapi jual barang rosak, dukacita gua maklumkan gua kecewa sebab barang yang rosak tu barang yang gua nak beli.

Ahad lepas 28 Julai 2013 gua ke Tesco Cheras untuk membeli barang dapur dan sikit persiapan hari raya, dalam senarai barang yang nak dibeli tu ada la termasuk kerusi mudah alih yang kecil untuk kegunaan harian, memang kat Tesco ni ada jual dan murah la tetapi malangnya kerusi yang gua cari dan nak beli tu rosak teruk.


Berkarat

Kusam

Koyak

Patah

Bukan 1 yang rosak, semuanya rosak dan memang tak boleh pakai. Kalau jual barang macam ni memang tiada siapa nak beli, kalau kedai tepi jalan takpe la jugak, ni Tesco, pasaraya besar. Memang sepatutnya tak berlaku, gua membuat kesimpulan pekerja Tesco cuai dan pihak pegurusan tidak membuat pemantauan, amat memalukan.



1 ulasan: