Biskut Lutut


Gambar pinjaman dari google ↑↑


Inilah yang terjadi apabila menjadi warga kota, lepu sentiasa. Mungkin kerana asap-asap di jalanan yang di sedut bebas mahupun bunyi-bunyi bising yang lahir dari hentakan batu pembinaan bangunan selain terlalu asyik dengan kerja-kerja di pejabat yang sentiasa menaikkan darah tinggi.

Pengalaman gua hidup di kota di cabar pagi tadi dengan perbualan yang secara tidak langsung mencetuskan pertanyaan beberapa lagi warga kota termasuk gua. Sedang asyik berbual dan bertukar pendapat tentang apa yang harus gua beli sempena menghilangkan rasa kelat tekak di kala bekerja di pejabat tiba-tiba seorang gadis berasal dari Perak menyuruh gua membeli Biskut Lutut.



Gua dan beberapa lagi warga kota yang megah mentertawakan gadis itu, warga kota la katakan. Gadis itu dengan beriya-iya mempertahankan dirinya, warga kota masih lagi mentertawakannya. Selesai perbualan dan sesi ketawa-menawa, gadis itu melukis dan menerangkan ciri-ciri biskut itu. Beberapa warga kota beransur faham tentang biskut itu, cume panggilannya di kota lain.



Selain biskut lutut ada juga nama biskut mayat, mungkin ramai juga yang tidak tau, Biasalah, warga kota. Starbucks, Chili's, Toni Romas, biasalah warga kota. Ingat kita juga punya warisan dan budaya yang perlu diwarisi dari Tok Moyang kita.






p/s:- Biskut Lutut + Teh Tarik = stimmmmmmmm...



4 ulasan:

roxy berkata...

nie biskut kering nie

BISKUTMARIE(",) berkata...

roxy--> haah..
kebanyakan org kat lua pggl biskut lutut...

Tanpa Nama berkata...

adakah dila..??
hahahaha.. :D

ni biskut kering ni..

BISKUTMARIE(",) berkata...

Munie--> ko tulis nme ko lpas ni bole tak??

Bkn dila tp deq...