Kasih keluarga membawa ke syurga

Apa yang gua garapkan ini adalah peringatan bagi gua sendiri, andai gua terlupa nanti ingatkan gua balik.

Soalan gua disini, siapa diantara kita ini adalah anak yang disayangi? Boleh dikatakan antara yang dimanja ketika kecil hingga besar, tidak pernah dimarahi atau diusik sepanjang usianya. Antara reramai adik beradik die yang paling dilebihkan, diutamakan, dicakap-cakapkan, diagung-agungkan. Sungguh beruntung anak ini kerana dalam segala hal die diutamakan, dimanjakan, diagungkan tetapi adakah anak ini yang mengutamakan ibu dan bapa mereka? Adakah anak ini yang memanjakan ibu dan bapa mereka? Adakah anak ini yang mengagungkan ibu dan bapa mereka?

Mungkin YA jawapan kita, "Ya saya utamakan ibu dan ayah saya" "Ya saya agungkan ibu dan bapa saya". Jika sekiranya benar kita kedepan sikit dalam situasi bila ibu dan bapa kita jatuh sakit, bukan demam atau pun selsema tetapi sakit yang lebih serious. Contohnya strok, sakit buah pinggang, sakit kencing manis  dan sakit-sakit yang memerlukan kemanjaan kita, keutamaan kita, keagungan kita. Bagaimana kita ketika itu melayan kerenah mereka? Pada peringkat awal mungkin kita sanggup lakukan apa saja demi mereka, mengalirkan air mata melihat mereka, bagaimana pula jika kena kerap menyalin lampin, memimpin ke tandas, menyuap nasi, memandikan, membersihkan najis atau  perkara-perkara lain yang mereka sudah tidak mampu mereka buat.

Adakah kita nanti akan melayan mereka sama macam mereka memanjakan kita, mengutamakan kita atau mengagungkan kita? Atau kita nanti akan menjadi seorang yang pemarah yang sering  memarahi mereka sedangkan mereka juga tidak meminta untuk sakit sebegitu. Apakah daya seorang pesakit kronik untuk bertindak sama macam manusia normal? Pesakit seperti ini mengalami kerosakan dalaman yang menggangu sistem normal, ini membuatkan pesakit tidak dapat bertindak secara normal dan memerlukan sokongan dan bantuan manusia sempurna untuk meneruskan kehidupannya yang kurang daya.

Utamakanlah, manjakanlah, agungkanlah ibu dan bapa kita seutama-utamanya, semanja-manjanya, seagung-agungnya. Ingatlah kita bahawa tanpa mereka kita bukan sesiapa, mungkin mereka sakit sekarang tetapi mungkin kita yang mati dulu. Tolak ansur sesama adik beradik, positif dalam pemikiran, buangkan sifat marah, tambahkan bahasa mulia, hargai pengorbanan ibu dan bapa kita, semoga kita menjadi anak yang diagungkan ibu bapa sehingga usia mereka. Walaupun ibu dan bapa kita sakit tidak mampu bercakap tetapi mereka boleh berdoa dalam hati memohon kepada tuhan, diharapkan mereka mendoakan kita untuk perkara yang baik dan bukan yang buruk. Kita juga akan tua dan sakit, pembalasan ALLAH itu adakah setimpal, buat kita bersama untuk sentiasa beringat insyaALLAH.

1 ulasan:

suezen berkata...

agree dgn entry ni