Vegas Pro 10.0

Sekarang gua tengah kemaruk terbitkan video, dulu kemaruk edit gambar. Mula-mula nak faham tu memang makan hari, sekarang ni da boleh la nak naikkan video-video syok sendiri. Serius lepas siap je video tu rasa macam bangga degan diri sendiri walaupun gua tahu video tu jauh lebih jahanam dari orang lain, sekurang-kurangnya ter terbit juga la video yang gua nak tu kan. 

Sudah ada 3 video yang gua terbitkan, semuanya untuk kumpulan aktiviti menggunung gua, Budak Kaki Gunung. Serius cakap tiada siapa pun yang ajar gua macam mana nak buat, dengan bantuan kawan gua ter-install la Vegas Pro 10.0 ni kat laptop gua, bermula lah kehidupan gua terkial-kial dengan benda alah ni. Atas ketekunan dan kesabaran gua akhirnya dapat la juga gua hasilkan video-video tu, kualiti dan hasil masih tak memuaskan. Setakat ni dah ada 3 video yang gua hasilkan, bangga bangga. Jom layan.....










Tiada ulasan: