Kelahiran

Berkongsi bulan kelahiran yang sama, meraikannya serentak memang meriah, bertambah pula dengan kehadiran adik beradik yang lain. BerBBQ, udang, ayam, kambing dan daging cukup membuatkan ramai terliur, yang paling menarik gua yang menyediakan bahan-bahan untuk peraman, pertama kali mencuba tidak menghampakan cuma peraman daging sedikit masin yang lain-lain cukup rasa. Kambing ditaja, siap peraman didatangkan dari kilang Ramly Burger, apa rasa gua tak tahu sebab gua tak makan kambing. Ditambah makanan lain seperti Nasi Kerabu, Sup Cendawan, Spageti Olio, Koktel, Kordial Sarsi memang cukup sempurna majlis ini. Hilang penat bila tengok semua gembira, paling melegakan hasil peraman gua tu tak menghampakan, berbaloi cuti kecemasan hari Jumaat. Hihihi....






Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada ayah gua dan juga mak mertua gua, semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan di limpahkan rezeki yang bermanfaat, inshaALLAH AMIN....



Tiada ulasan: