Kenapa Lelaki Jalan Laju

Mungkin ramai yang tak perasaan ataupun tertanya-tanya kenapa lelaki sering jalan laju, kadang-kadang tu sampai terlajak. Gua ada jawapan untuk persoalan tu, guakan lelaki.

1- Buang Air: Ini kes tak tahan nak buang air, lelaki ni jenis yang tak suka nak ke tandas jadi dorang lebih suka menahan. Akibat dari limpahan air di dalam badan akibat dari menahan, tu yang ramai lelaki berjalan lebih laju sebab nak ke tandas.

2- Bola Sepak: Ini 'special case' kepada lelaki memang minat bola/futsal, sampaikan berjalan pun mereka bagaikan sedang beraksi di atas padang bersama bola. Tu yang menonong je tu, sampaikan sanggup tackle kaki orang lain dari belakang. Ini bahaya.

3- Terlupa Kunci Kereta: Lu orang boleh tengok lelaki seperti ni kat 'shopping complex', lelaki ni ada sifat pelupa yang istimewa sampaikan kadang-kadang tu terlupa nak kunci pintu kereta. Awek pun dah naik bosan, masa nak pergi kunci kereta balik dia terlupa pulak yang dia datang dengan awek dia. Laju je berjalan tinggalkan awek kat belakang, berat kes ni

4- Awek No 2: Kes ni gua taknak masuk campur, ini kes rumah tangga orang ni. Lelaki jenis curang ni memang berjalan laju, nak-nak pulak bila keluar dengan awek No 1. Takut terserempak dengan yang lagi 1, sampaikan masa pegang tangan pun awek bole tertinggal kat belakang. Kes ni boleh rujuk pakar kaunseling

5- Terlewat 'date': Kes ni paling lucu, baru-baru nak bercinta la katakan. Janji pukul 2, pukul 3 baru nak sampai. Menggelupur la berjalan sebab da terlambat, awek yang bajet 'cute' pada mulanya mula tunjuk sifat 'queen control'nya. Sendiri mau jawap

Gua akui gua berjalan laju tapi takda la sampai tertinggal awek gua kat belakang, kadang-kadang tu gua pulak yang tertinggal. Awek gua lagi laju berjalan dari gua bila tengok dari jauh ada sign "SALE", kes macam ni gua amek tindakan bersabar je.

4 ulasan:

Nashieha Mustafar berkata...

hahaha cool

BISKUTMARIE(",) berkata...

Nashieha--> mmg cool..
hahaha

BeautifulMiaZara berkata...

superb cool nak nak tentang perempuan bila nampak perkataan SALE.bila 30% takde la cepat kot,perempuan akan lebih relax sikit sebab tak berbaloi berebut SALE yang kurang 50%/

BISKUTMARIE(",) berkata...

MiaZara--> kalu tu mmg superb cool...
mmg tertinggal la laki kat blakang...
hahaha....