Kenapa Futsal?

Kenapa gua suka ber-futsal? Mungkin lu orang tertanya-tanya ataupun terfikir nak tanya, walaupun lu orang tak terfikir langsung sebenarnya gua tetap akan terangkan kenapa gua suka ber-futsal. Terasa macam syok sendiri tapi apadehal.

Sebab utamanya adalah kerana padang bola rumah gua jahanam, rumput 30% lagi 70% adalah batu. Tiang gol dah kena rembat dek mat pet gila besi, garisan out pun takde. Belakang padang pulak ada parit sebesar alam, bola lepas masuk parit tak pasal-pasal kena turut amek bola. Memang tak mersa sukan betul padang rumah gua.

Sebab kedua adalah kerana 'kaki' tak cukup, main bola padang kurang-kurang kena ada 22 orang baru stim nak main. Alih-alih ada la 5-6 orang yang turun padang, last-last main monyet je. Ape ke halnya, malu ditengok orang sekeliling.

Sebab ketiga adalah kerana awek gua belikan gua kasut futsal Nike jenis Mercurial kaler purple, butik Nike ok bukan downtown. Maknanya awek gua bangga gua main futsal, menguatkan lagi kesukaan gua pada futsal walaupun sekarang ni kasut tu dah rosak.

Sebab keempat adalah kerana tiada lagi pertandingan bola sepak padang macam dulu-dulu, semua orang dah main futsal sekarang ni. Asal cerita je mesti futsal, bola sepak padang boleh dikira dengan jari. Kadang-kadang tu tak payah kira, congak je.

Sebab kelima adalah kerana gelanggang futsal ada bumbung, hujan pun boleh main. Kalu main bola sepak padang dalam hujan nanti mak gua marah, kena tunggu badan kering baru boleh masuk rumah. Malu gua dengan jiran-jiran.

Sebab keenam adalah kerana gua dah tak muda macam dulu, boleh lari 1 padang bola sepak. Uhuk..

4 ulasan:

baincardin berkata...

futsal juga adalah baik utk kesihatan...:)

pizli.mw berkata...

Aku suka futsal sebab macam kau cakapla padang bola biasanya rosak.. Kalau futsal padang rata, tak penat sangat dan yang penting tak menyakitkan kaki..

Unknown berkata...

baincardin--> sudah tentu menyihatkan..
hihi

Unknown berkata...

pizli--> hahaha, betul2...
batu pun xde...