Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang - UPDATED!!

Kesabaran paling utama ↑
Siakap menjadi makanan laut wajib disini ↑
Ikan yang siap dibersihkan dipanggang beralaskan daun pisang ↑
Orang memang ramai, nak-nak malam minggu ataupun hari cuti. Buat tempahan awal kalau taknak tunggu lama, kesabaran paling utama kalau nak makan kat sini. Sape jiwa kacau ataupun baru putus cinta gua nasihatkan jangan pergi kat sini, boleh mendatangkan gangguan mental yang hebat lalu menjadikan lu orang gila.

Makanan boleh tahan, masakan semua rasa takde yang tawar ataupun tertumpah garam. Kebanyakkan makanan laut masih segar, manis-manis rasanya. Tak macam kat kedai depan umah lu orang, stok ikan sebulan lepas pastu jual harga mahal. Puas hati walaupun terpaksa menunggu lama, boleh dikatakan rata-rata yang menunggu hampir 2 jam.

Gua ada beberapa cadangan yang mungkin boleh diguna pakai oleh pihak restoran, oleh kerana pelanggan terpaksa menunggu lama, apa kata sediakan hiburan untuk pelanggan untuk mengelakkan pelanggan cepat berasa marah. Contoh macam sediakan skrin TV besar, sambil-sambil menunggu boleh layan drama ataupun bola. Takde la bosan sangat menunggu, kan? Ataupun sediakan karaoke, ini lagi best. Penat tunggu bole kena karaoke dulu selagu dua, kan?


Waktu perniagaan:- Isnin - Jumaat 5.30pm - 12.30am
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum 5.00pm - 1.00am
Untuk Tempahan: - Ayie 017-3432908
- Along 013-3849368

5 ulasan:

pizli.mw berkata...

serious nampak macam sedap dan best. aku ada kecik tak dapatla kut nak tunggu 2 jam.. hehe..

Unknown berkata...

pizli--> booking dlu bro...
nnt gua update no telephone die...
kad die tertinggal dlm keta...

lgpun restoran ni tepi pantai, dekat gile dgn Sepang Gold Coast tu...

noa berkata...

bile nk blanje aku ni??


ENTRY HOT : Somebody Save Me!!!!!

noa berkata...

aku baru tanya2 ayam ko dah menghilang kan diri ke??

yela yela aku memain je la tanya tu, dah3 ko boleh munculkan diri kembali

Unknown berkata...

nora--> tnye2 ayam pun ade gak ke...?
hahahaha....