Kenapa nak beli yang mahal kalau boleh dapat yang murah? Ini masalah yang dihadapi pemilik filem atau yang berkaitan dengannya, masalah CD/DVD/MP3 cetak rompak tidak akan selesai. Kualiti cetak rompak juga tidak mendukacitakan, murah, senang dapat. Salah siapa? Kualiti filem cetak rompak setanding dengan yang original, salah siapa? Kalau difikirkan balik, agak-agaknya dari mane sumber mereka mendapatkan filem? Yang pasti bukan rakaman terus dari panggung wayang seperti dulu, filem jelas dan terang tanpa sebarang kecacatan beserta sari kata.
Persoalan timbul bila difikirkan, adakah dalangnya dari orang perfileman itu sendir? Ada pihak yang sanggup menjual salinan asal kepada pembekal cetak rompak? Rasuah membuatkan gejala cetak rompak berleluasa? Semua ini ada kemungkinannya, ada logiknya. Pembeli tidak boleh dipersalahkan, mereka ada hak mereka, mereka ada kemahuan mereka yang tersendiri. Tepuk dada tanya selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan