P.M.S

Apa jadah la PMS ni kan, menyusahkan je. Ini perasaan gua pertama kali disuruh mengisi berhelai-helai muka surat kertas yang dipanggil PMS, Melayu kata PMS ni lebih kurang macam penilaian pencapaian individu. Tulis pasal ape kerja lu, selain dari tu ape lu buat, ape pencapaian terbesar lu dalam mase setahun dan macam-mcam lagi. Dari PMS ni lah nak tentukan rating lu, bonus lu, pangkat lu, kenaikan gaji lu dan macam-macam lagi pasal lu.

Penting jugak benda alah ni, gua ingat main suke-suke je isi. Nak isi pulak bukan boleh main suke-suke je, apa yang lu tulis mesti kena dapat kelulusan dari bos lu. Tak boleh sesuke hati puji diri sendiri je, rating pun tak bole sesuka hati lu je nak letak berapa. Fuhh, berat.

Sekarang ni gua tengah sibuk pasal PMS ni la, semua orang duk tengah isi benda alah ni, fokus gila-gila punye pasalnya nak dapat bonus. Patutla semua orang buat bersungguh-sungguh tapi orang macam gua dapat ke? Jangan ditanya, sakit hati nanti. Gua nak sambung isi PMS ni, vrrooommmm...

3 ulasan:

Zaza berkata...

sy ingt PMS tu Perhimpunan Musim Sejuk

BISKUTMARIE(",) berkata...

ZaZa--> hahaha...
bukan la...

ekino berkata...

Dapat bonus belanja makannn! :D