Apa aktiviti gua?

Ye gua bujang lagi tapi gua dah ada 3 orang anak buah, maknanya bapak gua dah jadi atok. Mak gua jadi apa? Ye nenek, pandai pun. Berbalik pada tajuk gua tadi,'Apa aktiviti gua? '. Mungkin ramai yang memikirkan aktiviti-aktiviti & perkara-perkara yang tidak baik, gua cakap mungkin. Tanggapan sebegitu sama sekali salah, tapi kenapa?

Sebab gua tak buat pun perkara-perkara yang tidak baik, tak percaya? Gua buktikan, macammana? Gua akan ceritakan sedikit demi sedikit, perlahan bertambah perlahan, teratur makin berterabur.

Aktiviti gua lebih kepada sukan, gua pekena futsal, gua peradak gunung, gua terkejal blog, gua terkenan bola EPL. Kadang-kadang gua terkinja bercuti, laut, pulau, darat, sungai, pantai, tinggi, rendah, sejuk, suam-suam. Bila sampai tahap kesenian gua membuak-buak, gua akan curahkan kesenian gua kat kamera, gua picit sini, picit sana, edit sini, edit sana.

Aktiviti gua semuanya bermakna dan bermanfaat untuk gua kan? Orang bujang macam gua elok dijadikan suami, dan suami macam gua elok mempunyai isteri 2. Betul ke?



2 ulasan:

Nashieha berkata...

betul betul

Tanpa Nama berkata...

huh ada hati rupe nye c biskut ni nak berbini dua..haha

keretasorong