Malaysia 50 Tahun

Sejak pc dekat opis ni rosak gua jarang nak tengok blog, sekarang gua pakai laptop pribadi gua untuk kerja-kerja opis, terpaksa. Nak tunggu pc baru berbulan-bulan, pakai laptop ni agak perlahan sikit pergerakan untuk surfing internet, apatah lagi nak ber-blogging. Tu sebab blog gua ni tiada pembaharuan di lakukan, header blog pun gua baru tukar ganti dengan header raya aritu. Dah nak sebulan habis raya masih lagi ber-header raya, sebelum kena maki baik gua tukar dulu.

Okay dah takde benda nak cerita, nanti-nanti gua up entri meletup kasi lu orang. Buat masa ni bagi gua tenang dulu, gua nak fit kan sikit badan, macam-macam sukan dah gua buat sekarang ni, bola padang, futsal, hiking dan maraton. Sebelum gua tutup entri ni, nak cerita sikit pasal pemilihan Ekspedisi Greenland haritu, dukacita dimaklumkan gua gagal ke pemilihan seterusnya. Hampa gua hampa, gagal gua nak sarung baju Malaysia tapi takpe mungkin bukan rezeki gua, bagi peluang la dekat orang lain. Nanti kalau ada pemilihan yang melibatkan aktiviti mengharumkan nama Malaysia gua nak cuba lagi, teringin sangat nak sarung baju Malaysia. Pada kawan-kawan yang layak tu, buat latihan betul-betul, gua sentiasa support dari belakang. Ini masa harumkan nama Malaysia jadi buat betul-betul, jangan hampakan kawan-kawan yang tak layak ni, hehe.

Gua akhiri entri gua dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50, MALAYSIA...




1 ulasan:

suezen berkata...

kain batik tu.......