Zaman Sekolah

Pernah menjadi ketua darjah masa darjah 6, satu pencapaian yang memberangsangkan. Gua tak suka tetapi gua tak boleh tolak suara ramai, semua pakat nak mengenakan gua. Tak banyak yang gua ingat pasal sekolah rendah, ada la sikit-sikit yang gua ingat. Masuk nasyid sekolah, 100 meter dan 4 X 100 lumba lari wakil rumah biru, cinta monyet, rambut belah tengah dan patah gigi separuh.


Banyak yang gua ingat pada zaman sekolah menengah sebab zaman tu dah ada disket, boleh simpan memori. Zaman rambut belah tengah dah tak popular dah, zaman tu sibuk dengan gaya rambut pacak dan ala 'gay boy'. Zaman ni juga dah pandai pakai tali leher, tulis pakai pen, naik bas Intrakota, makan luar, hisap rokok dan beberapa kelakuan nakal yang lain.


Gua tak suka masa pemilihan bola sepak untuk wakil sekolah, baru level bawahan dah ada sikap pilih kasih dan kroni. Bazir masa dan duit gua datang tiap petang 'join' pemilihan tu, nasib baik gua dapat wakil nasyid sekolah walaupun sekadar melepasi tahap zon. Sekurang-kurangnya tiada kes pilih kasih, kebetulan suara gua sedap (ha ha ha). Nak muat naik gambar waktu sekolah pun gua takda, zaman tu kamera pakai filem. Gambar semua kabur, tak boleh nak edit.



2 ulasan:

pizli berkata...

Hehehe menarik jugak cerita sekolah kau ni.

BISKUTMARIE(",) berkata...

pizli- sebenarnye bnyk lg cume mls nak tambah.. hahaha.. sbb gua sndri xsanggup nak kongsikan...