Cuti-Cuti Malaysia - Sabah (Hot Spring)

Laluan ke Hot Spring

Terletak di daerah Ranau, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Hot Spring mengambil masa kira-kira 3 jam memandu. Perkhidmatan pengangkutan dari Kota Kinabalu ke Hot Spring terdapat Bas, Teksi dan Kereta Sewa. Perjalanan jauh memang memenatkan walaupun sekadar jadi penumpang, memang segar kalau rendam kaki dalam air panas.

Rendaman kaki yang menyegarkan

Selain dari rendaman kaki, terdapat juga kolah/kolam air panas untuk mandi-manda. Setiap 1 kolah/kolam terdapat 2 paip air, 1 untuk air panas dan 1 untuk air sejuk. Kolah/kolam tu takda la besar sangat, boleh la untuk rendam 1 badan. Masuk percuma, hari cuti memang ramai orang. Di Hot Spring ini tersedia tandas, bilik persalinan dan surau.

Kaki 2 sejoli





2 ulasan:

[sutera kasih] berkata...

weiii apesal pegi sabah x bgtau???

BISKUTMARIE(",) berkata...

suterakasih-> haha.. mane nk tau..