Basikal

Satu pengangkutan yang kurang utama, hanya banyak digunakan untuk aktiviti riadah dan angkat tayar depan belakang sambil pakai full cap ke belakang. Di zaman gua main basikal dulu masa budak-budak je, zaman tu tayar mati warna-warni. Tak perlu risau pasal tayar pancit atau bocor, mana nak redah pun tak kisah. Bila dah besar sikit nak basikal betul, dah tak main dah basikal tayar mati tapi pada masa tu bukan lah rezeki gua nak dapat basikal yang gua impikan. Makanya pakai lah basikal ala Mountain Bike sisa dari abang gua, janji berkayuh.


Zaman baru ni gua dah tak naik basikal dah walaupun tengah hangat cerita pasal basikal Fixie, budak sekarang ni pandai ikut zaman. Budak kecik pun dah tak naik basikal tayar mati warna warni, roda 2 tambahan belakang pun dah tak pakai walaupun masih kecik. Ada pula yang kreatif tahap keluarga Wright, basikal pun dah ada radio. Hebat budak India tu, berbasikal biru, tergantung telur seplastik di pemegang basikal sebelah kiri, terletak radio beserta bateri di tempat duduk belakang bersama lagu rancak.



Tiada ulasan: