Perniagaan Online - Facebook

Ini lebih kurang nasihat la kepada empunya perniagaan online dalam facebook, tolong jangan bagi harapan palsu pada pengguna terdesak macam gua. Pengguna-pengguna macam gua ni akan cari barang bila betul-betul memerlukan dan cara yang mudah adalah dalam online, contoh macam dalam facebook.

TETAPI

Kebanyakan gambar atau barang yang ada dalam ruangan photo tu semuanya dah sold out, nasihat gua pada abang-abang dan kakak-kakak yang kaki meniaga ni sila update perniagaan dan buang gambar-gambar atau barang-barang yang memang dah takde dalam stok lu orang tu. Untuk pengguna macam gua ni tak perlu la nak sroll down nak bukak satu per satu gambar dan baca description yang panjang berjela tu dan ending nya dah sold out.

LAGI SATU

Dalam description gambar atau barang yang lu orang nak jual tu letak la harga terus, tak perlu nak tunggu PM atau komen dari pengguna, Bila pengguna macam gua ni PM atau komen tanya harga lu orang pulak tak reply, seminggu selepas baru keluar notification reply, masa tu dah tak berguna dah brother's and sister's sebab pengguna terdesak macam gua akan cari facebook orang lain.

2 ulasan:

pizli.mw berkata...

Setuju. Ada satu peniaga ni ada special photo album stok yang masih ada. Itu aku puji. PM tu memang mengharapkan pembeli yang desperate je lah.

suezen berkata...

jgn tertipu:P