Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang

Asyik dengar cerita orang je pasal mee udang di Kuala Sepetang ni, cuti tahun baru haritu berkesempatan mencuba sendiri keenakan mee udang yang diceritakan. Paling mendapat sambutan Mee Udang Mak Jah tapi pada hari tu Mak Jah tutup jadi terpaksa menyinggah ke Mee Banjir Udang Mak Teh. Baru la gua tau kawasan tu memang semuanya meniaga mee udang, segala nama ada. Mak Jah, Mak Teh, Pak Hashim dan lain-lain.



Pertama kali mencuba mee udang, rancangan nak merasa mee udang ni dari Penang lagi. Dari pagi berlapar semata-mata nak melantak mee udang, dengan keadaan hujan lebat dan sesat memang menguji ketahanan mental. Lewat petang juga baru berjumpa Kuala Sepetang yang terkenal dengan mee udang ni hingga la terjumpa Mak Teh Mee Udang ni. Selain mee udang ada juga nasi goreng udang, lapar memang tahap dewa jadi mee udang satu nasi goreng udang 1. Makan ketika lapar teruk dan hujan lebat memang mengasyikkan sampai tak tahu nak cakap sedap atau tak tapi udang memang manis dan besar-besar.




Rasanya tak menghampakan la cuma nasi goreng tu kurang sikit rasa die, mee udang tu memang asyik lebih-lebih lagi letak cili api jeruk, kebas mulut kunyah cili api jeruk ni. Selain nasi goreng udang dan mee udang ni, ada juga jual makanan barat macam chicken chop, ada juga ABC dan lain-lain. Gua pun tak kaji banyak sangat pasal gerai Mak Teh ni sebab lapar telah melumpuhkan otak untuk berfikir. 


Inilah akibatnya lapar ditahap kronik, setitik kuah mee udang pun tak tinggal. Betul-betul tinggal mangkuk dengan kulit udang je, yang lain semua dalam perut. Teh tarik suam-suam masa hujan dan lepas makan memang mengembungkan tapi nikmat dia memang terbaik, rasa nak pecah perut. Cukup cerita pasal makan, gua pula yang rasa lapar tiba-tiba ni hahaha....




2 ulasan:

~AmyLiana86~ berkata...

wah semangat makan tu.. =)

Tanpa Nama berkata...

Rm 10 sunggyh x bbaloi dgn lyanan x mnggmbirakn..huhu