Berdakwah

Gua melihat semakin ramai pendakwah-pendakwah bebas dalam laman sosial, paling banyak gua lihat dalam 'facebook'. Perkembangan yang positif, dari selami 'facebook' boleh juga berdakwah, meyampaikan kebaikan mengenai Islam, mengingatkan sesama umat Islam, ini sangat bagus. Bagi gua, penyampaiaan dakwah juga harus la tepat bukan sekadar 'copy & paste', fahami betul-betul isi kandungan sebelum ianya disebarkan, selidik dulu kesahihan dan kebenaran sesuatu keterangan sebelum di 'post' kan. Penggunaan perkataan-perkataan juga haruslah lembut bersesuaian dengan peringkat umur, tidak terlalu keras dan memaksa dalam konteks yang digarabkan.

Dari pengamatan gua melalui 'status' mereka, kebanyakannya hanyalah sekadar 'copy & paste' tanpa memeriksa asal usul keterangan, tanpa mengkaji kebenaran keterangan, jika berlaku kesilapan dalam keterangan ia boleh menyesatkan mereka yang terlalu taksub dengan perubahan atau peralihan mengenai Islam. Sumber keterangan juga kadang-kadang mengelirukan dan menimbulkan syak wasangka, hanya berbekalkan gambar bercirikan Islam atau menggunakan gambar-gambar orang yang berpengaruh dan seterusnya mengeluarkan keterangan-keterangan yang mungkin mengelirukan. Ada juga dakwah-dakwah yang disebarkan hanyalah berbaurkan politik, lebih kepada hasutan dan mencari salah orang lain. Bila politik dan Islam cuba disatukan ternyata politik akan didahulukan berbanding Islam, dari situ timbul lah hasutan dan sebagainya

Bagi gua, kepada pengguna yang beragama Islam, gua sarankan selidik dulu sebarang keterangan yang diterima sebelum kita mengamalkan atau mempercayai keterangan itu. Pengguna kena lebih berwaspada dan berhati-hati dalam penggunaan laman sosial yang sentiasa terbuka kepada semua warga, baik, jahat, agama, bangsa. Tak semua manusia berniat baik, tak semua manusia berniat jahat. Gua tak lah pandai sangat, lebih-lebih lagi dalam hal-hal agama. Entri gua ni apa yang gua rasakan, ini juga yang berlaku dalam 'facebook' gua, tak tahu la dalam dinding 'facebook' lu orang.


2 ulasan:

kupu-kupu biasa berkata...

setuju... sbb diaorg yg paste tu pon sama2 sengget.. tah dia paham tah x apa yg dia paste or share tu... even worst, letak pic kaabah pastu caption "siapa rasa dia islam click like"... apa?, kalau aku x click like terus murtad ke?.. hahaha... tah apa2..

Mohd Fadli Ali Anui berkata...

Kupu2--> Tu lah dia, keliru keliru.. HAHAHAHA