Burger Jiwa

Orang sibuk pasal burger bakar aku sibuk dengan Burger Jiwa, nampak biasa tapi nikmatnya dari jiwa. Itu yang membezakan Burger Jiwa dengan burger yang biasa lu orang tengok, Burger Jiwa mengutamakan kenikmatan yang menyentap jiwa peminat burger. Selain kenikmatan yang menyentap, Burger Jiwa juga menampilkan 6 menu utama antaranya Ayam, Daging, Benjo (telur), Ikan, Udang dan Kambing. Untuk menu tambahan terdapat juga menu Special, Cheese dan juga Super Special. Kelainan ramuan dan bahan-bahan yang digunakan juga antara yang membawa kelainan rasa Burger Jiwa, nak tahu kena cuba.


Untuk pengetahuaan Burger Jiwa terletak di Jalan Dayang 58/8 Bandar Mahkota Cheras, boleh cuba Google Map ye. Berdekatan dengan Jusco Bandar Mahkota Cheras, mula-mula memang susah nak cari tapi sekali rasa burger memang terus ingat sampai mati jalan nak ke Burger Jiwa. Untuk yang belum pernah sampai ke Burger Jiwa boleh layan gambar dibawah




Kambing Cheese

Daging Special

Udang Special







4 ulasan:

pizli berkata...

Nampak menarik

Nad & Sarah berkata...

Fadli, nk order..kambing cheese 1, ayam super special 1..esok bwk dtg ofis eh?serius ni...mlm ni masak esok ktorg panaskn dlm microwave kt pantry..serius tao.thanks!

JF berkata...

ayat dia bukan mainn. Perghh. Ini memang mengundang kelaparan ni!!!!

suezen berkata...

x payah nk berjiwa jiwa sgt laaaa