Semangat

Sekarang untuk mengaktifkan diri dengan sukan-sukan dan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan, maklum la dah lama tak merokok. Rasa macam bersih je, kadang-kadang tu kena kuat juga melawan nafsu merokok. Tinggalkan pasal rokok sebab tiba-tiba gua teringat nak merokok, ha ha ha.


Gua ada cerita pasal Standard Chartered KL Marathon 2012 (klik kalau nak tahu) sebelum ni, jadi semangat tu agak membara sehangat api sikit. Dengan semangat tu terbelilah sepasang kasut running jenama Asics, kebetulan tengah sale. Kononnya beli untuk buat latihan menghadapi larian maraton tu nanti, semangat la katakan.


Nak menang tu memang tak la, gua saja nak mencabar diri. Sebelum ni ada sertai maraton tapi tu zaman belajar dulu, dah lama tak ber-maraton. Ni baru nak berkecimpung balik, harapan cuma nak tamatkan larian (:





1 ulasan:

pizli berkata...

Semoga berjaya..