Pengecas Mudah Alih - Power Bank

Zaman canggih, penggunaan talipon bimbit juga canggih. Semuanya serba talipon pintar, mudah layari internet, facebook, emel, bbm, whatsapp, dan lain-lain, serba serbi dihujung jari. Pasti pengguna mengalami masalah kehabisan bateri disaat-saat memerlukan, gua juga melalui saat sukar itu. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga gua telah membeli pengecas mudah alih atau lebih dikenali sebagai power bank dikalangan pengguna talipon pintar, masalah kehabisan bateri disaat-saat penting dapat dielakan dengan mudah.

Gua membeli power bank ni melalui MilkADeal, kalau lu orang tau la. Laman membeli secara maya di internet, kebetulan masa tu ada offer. Power bank yang gua beli ni berkuasa 20,000 mAH yang dijangka bole digunakan sebanyak 6 kali cas atau mungkin lebih. Harga promosi ketika itu RM99 sahaja, bagi gua ia amat murah dengan kuasa yang cukup besar. Konsep pembeliaan di MilkADeal ni sama macam laman membeli secara maya yang lain, cumanya ia mengambil masa selama 21 hari sebelum barang dijangka sampai. InshaALLAH barang yang dibeli akan sampai, buktinya gua dah menerima barang gua ni seperti yang dijanjikan.




Setelah diperiksa, barang berfungsi dengan baik. Segala yang dijanjikan gua dapat, tiada 1 pun yang tertinggal. Gua harap barang ni dapat bertahan lama, kalau tidak gua akan menuntut jaminan yang diberikan. Dengan pembayaran sebanyak RM99 gua rasa pembeliaan ini berbaloi, selain mengharapkan ianya happy ending :)



1 ulasan:

kupu-kupu biasa berkata...

komen lu kat page gua yg mintak alamat tu gua dh delete tau sbb ada alamat n nombor lu... kang femes plak lu kan kena kacau dgn sape2 tah...hahahaha.. ok tu je gua nak ckp..

cpt sikit pos ape lu nk pos tu.. hehehe