Sukan Sea 2013: Separuh Akhir Bolasepak [Malaysia] VS [Indonesia]

Pertemuan dengan Indonesia adalah penentu ke perlawanan akhir Sukan Sea sekali gus mempertahankan pingat emas pada 2 tahun lalu di Indonesia, perlawanan yang sememangnya dijangka hangat kerana ia dianggap perlawanan balas dendam Indonesia terhadap pasukan Malaysia setelah tewas dalam perlawanan akhir pada Sukan Sea lalu.








Pada aksi babak pertama aksi Nampak seimbang sebelum permain Indonesia iaitu Bayu menjaringan gol pertama dengan larian pantas dan hantaran satu dua yang cantik sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gawang Malaysia. Permainan babak pertama kekal dengan jaringan 1-0.



Pada aksi babak kedua seakan dikuasai Malaysia dengan hantaran-hantaran dan kawalan bola yang kemas dibahagian tengah tetapi seakan tiada gerakan penyudah yang mampu dilalukan oleh penyerang Negara, selain gopoh cuba mencari gol penyamaan. Dengan keadaan menampakkan kekalahan pasukan Malaysia, Thamil mencuri tumpuan dengan jaringan hasil dari hantaran sepakan sudut. Gol penyamaan ini mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit seterusnya menghidupkan kembali peluang ke perlawanan akhir.




Pada perlawanan masa tambahan babak pertama kelihatan kedua-dua pasukan agak berhati-hati dalam corak perlawanan, secara keseluruhannya Malaysia Berjaya mendominasi perlawanan dengan kawalan bola yang baik, babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Aksi pada masa tambahan babak kedua menunjukkan penguasaan Indonesia dengan pergerakan-pergerakan yang mencemaskan barisan pertahanan Malaysia namun berjaya dipatahkan. Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalty, ia seperti mengulangi perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan di Sukan Sea 2011 yang ditentukan dengan sepakan penalti yang berpihak kepada Malaysia.

Kegagalan sepakan pertama dan kedua oleh Malaysia menutup ruang Malaysia ke perlawanan akhir dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea, dendam Indonesia terbalas selepas sepakan penalti yang kelima. Tamparan buat skuad OKS kerana harapan rakyat Malaysia sudah tentu mengharapkan emas buat pasukan bola sepak, apa pun segalanya telah ditunjukkan sehingga ke penentuan sepakan penalti. Syabas buat semua pemain dan pegawai-pegawai yang terlibat, tak lupa juga untuk jurulatih OKS.


Tiada ulasan: