Majoriti tak bersetuju kereta usia 10 tahan dihapuskan, rata-rata dalam tempoh 10 tahun tu baru habis langsai membayar full installment, mana mungkin nak dihapuskan kereta yang baru je habis dibayar. Dari aspek lain, isu penghapusan kereta berusia 10 tahun ke atas ini mungkin dari aspek keselamatan. Gua ada terfikir cara lain selain dari dihapuskan kereta-kereta ni, kalau gagal baru dihapuskan.
1- Lakukan ujian di Puspakom pada mana-mana kereta yang sudah menjangkau 10 tahun, maksudnya di sini setiap 10 tahun kereta-kereta persendiriaan akan melalui 1 ujian keselamatan oleh Puspakom Malaysia, mana-mana kereta yang gagal melepasi tahap-tahap yang ditetapkan akan diberi 1 tempoh untuk diperbaiki dan datang semula untuk melakukan ujian sebanyak tetapi pastikan ujian itu adalah PERCUMA. Mana-mana kenderaan yang masih gagal dalam saringan ujiaan sebanyak 3 kali dalam temph yang di tetapkan akan di ambil tindakan penghapusan TETAPI diberikan pampasan atau elaun senilai dengan harga kereta tersebut, jadi tak la rugi kalau dihapuskan pun. Bagi gua kereta yang berusia 10 tahun ni tak seteruk mana pun, kebanyakan nya masih lagi boleh beroperasi dengan baik dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Cuma nya disini adalah keraguaan terhadap kereta yang lebih berusia dari 10 tahun, dengan mata kasar pun kita boleh nilai tahap keadaan fizikalnya dan tahap keselamatannya.
2- Kenderaan-kenderaan awam seperti bas-bas bandar, bas-bas sekolah, bas-bas ekspress dan lori-lori perniagaan ini yang sepatutnya dipantau tahap usia dan ciri-ciri keselamatannya. Gua rasa kenderaan yang membawa nyawa dan mempertaruhkan nyawa orang lain ini yang harus dihapuskan setelah 10 tahun kerana sering berlaku kemalangan jiwa akibat dari masalah sistem keselamatan, majoritinya kenderaan yang sudah berusia 10 tahun ke atas. Tidak perlu risau atas penghapusan kenderaan ini kerana perniagaan mereka lebih menguntungkan dalam tempoh 10 tahun penggunaan kenderaan tersebut, jika penghapusan dilaksanakan pun mereka masih mempunyai modal untuk membeli yang baru selain keselamatan semua dapat dijamin di atas jalanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan