Ikan Bakar Jalan Bellamy

Rasa ramai yang dah tahu pasal ikan bakar Jalan Bellamy ni cumanya gua baru pertama kali ke sini hari ni, tu pun pasal ada yang nak pergi. Waktu makan tengahari yang dinanti-nantikan, perjalanan 20 minit terasa lama sebab beriya-iya nak rasa ikan bakar yang dikata-katakan. Maaf ayat gua memang agak sastera sikit sejak dua menjak ni, tetiba rasa nak bermadah. Tinggalkan sastera balik pada ikan bakar, jalan tak berapa nak sesak sangat pasalnya kami keluar awal sikit dari waktu lunch, takut penuh.

Ingatkan ada satu je gerai makan ikan bakar ni, rupanya ada 4-5 gerai jugak, baru lah tahu, maklum la pertama kali. Belum lagi duduk mata dah terpaku tengk sotong gemuk atas kuali sedang dibakar, memang sotong la jadi menu utama. Keadaan kedai takde la semenggah mana, dengan panasnya, dengan sempitnya, dengan ramainya, jadi mind set nak kesini  harap bersabar sikit. Kena beratur panjang ditambah dengan bahang panas mentari dibahangkan lagi dengan bahang kuali ikan bakar, jadi faham-faham jelah keadaan nya.

Kekurangan meja dan orang ramai jadi meja kena kongsi-kongsi, mana yang datang 1 kumpulan ramai tu jangan harap la dapat duduk 1 meja bersama. Saiz ikan-ikan memang besar-besar, puas hati, harga sendiri mau ingat, jangan bawak duit macam makan dekat food court pula, bawak duit lebih. Majoriti yang melayan adalah warga Indonesia, tak pasti empunya kedai juga warga yang sama, lapar punya pasal abaikan je perasaan patriotik yang duk bertanya "Mana peniaga Malaysia?" "Kenapa peniaga Melayu tak maju macam ni?" sambil berharap tokey kedai adalah peniaga warga Malaysia.


Ikan Pari bakar memang kegemaran gua, ikan-ikan lain gua tak berapa sangat, keli gua tak makan, tilapia gua tak layan, jadi Pari memang the best bagi gua. Air asam takde pun takpe, kebetulan rasa pari bakar ni memang kena dengan citarasa gua, cukup rasa manis, masin dan yang paling penting cukup masaknya.


Sotong ni lah yang memukau pandangan, belum duduk dah nampak sotong tergolek dalam kuali, belum apa-apa dah order sotong dulu, 3 ekor sotong size XL RM40, jadi sediakan duit yang cukup ya. Gua kurang sikit sotong ni sebab sotong ni takde rasa manis macam udang jadi gua amek sebahagian dari sotong buat rasa, selebihnya office mate gua habiskan.





Antara menu yang terlibat, tilapia bakar, keli bakar lepas tu masing-masing amek nasi dengan kuah je, selebihnya semua menu bakar, tak ketinggalan air asam dan kicap cili, memang peluh menitik-nitik, panas campur pedas memang nikmat


 
 
Ini muka selera dapat makan dan jilat tulang pari, keadaan sebenar ketika ini tengah dibasahi peluh. Belakang leher pun turut berpeluh, atas dahi usah tanya la. Pendek kata puas hati makan sini, tak menduka cita kan, cumanya kalau lu orang memikirkan tahap kebersihan, lebih baik takyah datang, kalau setakat nak cuba rasa okay la. Soal harga juga jadi tanda tanya, gua pun tak pasti mahal atau biasa tapi hidangan ikan-ikan dan sotong memang size XL la. Kami makan ber-6, total makanan RM95, total minuman RM17.50, 2 ekor ikan keli, seekor ikan tilapia, 3 ekor sotong dan 2 ekor ikan pari, nasi dengan kuah 6 pinggan. Lu orang nilai lah sendiri, gua tak berapa pandai sangat.
 
 

Tiada ulasan: