Jabatan Agama Islam Selangor Cawangan Kajang - Perlukan perubahan

Assalammualaikum,

Pada tahun yang serba moden dan bertambah maju ini mungkin kita mengharapkan ada perubahan dalam sistem yang melibatkan ramai orang, lebih-lebih lagi melibatkan sektor kerajaan. Contoh tempat yang gua rasa ianya perlu ada perubahan adalah JAIS Cawangan Kajang, pertama sekali struktur bangunan yang agak dah terkebelakang dari segi reka bentuknya, yang keduanya sistem yang digunakan masih lagi secara manual dan nampak kurang terurus dari segi pencariaan fail dan sebagainya, yang ketiganya keluasan ruang menunggu yang agak terhad dan ada yang terpaksa menunggu di luar pintu semasa menunggu giliran, yang keempatnya masalah kaunter yang kurang dan ini melambatkan proses urusan dan orang ramai terpaksa menunggu lebih lama.

Dengan adanya perubahan dan penggunaan sistem yang terkini mungkin urusan di pejabat agama ini dapat dipercepatkan dan memudahkan semua pengguna termasuk pekerja di jabatan agama tersebut, gua melalui saat menunggu semasa berurusan dibahagian nikah, cerai, rujuk. Diharapkan ada perubahan pada suatu masa nanti, untuk urusan sesama Islam mudah-mudahan ianya membawa kebaikan.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam kat klinik swasta je kan..hehe