Al-Fatihah
Hanya itu mampu dilakukan, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi ucapan Selamat Hari Lahir kerana kau telah tiada, pada yang sensitif linangan air mata menjadi peneman. Sudah pasti orang yang paling merasai kehilangan kau adalah mak, ditalian talipon yang beberapa minit lalu mak bertanya lupakah aku pada tarikh hari ni (28 Feb 2013). Masih lagi kuat ingatan aku pada hari lahir kau, ya hari ini hari lahir Angah tekan aku pada mak lalu terdengar sangkut-sangkut suara mak menahan sebak lalu menangis kesedihan. Sebagai seorang anak dan juga seorang adik kepada abang yang telah kembali ke rahmatullah hanya mampu cuba menguatkan semangat mak yang sedang kesedihan walau diri ini sendiri berasa sedih, merelakan kau pergi pada ketika itu adalah saat paling getir dalam hidup aku. Kekesalan dulu semuanya sudah tidak berguna lagi, merelakan dan menerima dengan redha ketentuan ALLAH ni adalah jalan yang tinggal. ALLAH lebih menyayangi kau, amanlah kau disana semoga kau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan