Budi bahasa seorang juruwang

Juruwang warga asing lebih ramah dan lembut kata dari juruwang warga Malaysia, ini apa yang gua perasan di kebanyakan tempat seperti kompleks membeli belah, stesen minyak dan lain-lain tempat. Juruwang warga Malaysia ni mungkin ada 'level' yang tersendiri, tu sebab muka pun macam tak ikhlas nak buat kerja, senyum memang susah nak tengok, terima kasih lagi la berat nak ucap, bungkus barang pun main campak-campak je. Berbeza dengan juruwang warga asing, sentiasa senyum, sering bertanyakan tambahan barang untuk dibeli, ucapan terima kasih juga jelas dan lebih ikhlas dan tertib melakukan kerja.

Gua tak agung-agungkan warga asing cuma gua mahu rakyat Malaysia sendiri lebih bagus dari orang luar, kalau mereka boleh kenapa kita tak boleh? Rendahkan sikit rasa ego diri sendiri mungkin boleh melawan dan bersaing dengan mereka, tak susah nak senyum dan ucap terima kasih.




Tiada ulasan: