Salomon S-Lab Kuala Selangor Jamboree Trail Run 2013

Pertama kali mencuba larian trail, jadi boleh dibanggakan juga la, tak banyak yang gua harapkan cuma berharap gua dapat bertahan selama larian ke garisan penamat, Alhamdulillah menjadi 200 peserta pertama sampai ke garisan penamat untuk mendapat topi terhad Salomon. Larian trail memang berbeza sikit dari maraton biasa, pemandangan dan cabaran sangat berbeza, larian trail lebih mencabar dan banyak halangan, pemandangan dah tentu lebih menarik dengan kehijauan flora dan fauna. Jadi lepas ni gua mungkin akan lebih fokuskan pada larian-larian trail, macam seronok pulak.

Gua cerita serba sedikit pasal event Salomon S-Lab ni, sedikit masalah berlaku menyebabkan hampir separuh peserta sesat ke laluan lain hampir 4 kilometer dan terpaksa berpatah balik ke laluan sebenar. Sedikit sebanyak memberi kelebihan peserta di belakang untuk sampai ke garisan penamat lebih awal, kalau tak jadi kejadiaan sesat ni mungkin masa larian lebih baik dari yang gua catatkan. Memang kacau mental la masa dah tau sesat tu, nak patah balik bukan dekat, masa tu pula memang dah guna hampir semua tenaga, memang mental la. Ramai juga yang tak berpuas hati pasal tu, ditambah lagi dengan ada yang peserta tak dapat medal finisher, ada juga yang tak dapat goodies bag yang sepatutnya dibagi, agak bercelaru sikit la event ni.

Apa yang gua faham, Salomon hanya la title sponsor, Mount Design adalah organizer yang sepatutnya bertanggungjawab atas masalah yang berlaku semasa event. Lebih dukacita takde pun permohonan maaf dari pihak Mount Design selepas semua peserta tamat larian, atleast cakap la sesuatu bagi semua peserta puas hati dan cerah pasal apa yang berlaku, mohon maaf ke, sejuk la juga hati kan. Apa pun semuanya dah berlaku dan berlalu, mugkin ni pengalaman pertama Mount Design dalam pengurusan larian ni, harap berlajar sesuatu la dari apa yang dah berlaku jangan sampai ada peserta memboikot event lepas ni.

Muka tak cergas
7.00 pagi sebelum larian
Bersiap sedia untuk berlepas
Menuju ke garisan penamat
1jam20minit
Finisher
Limited Salomon Cap
Bersama Gogonyzer 
Lompat jangan tak lompat
Geng-geng Finisher

Tiada ulasan: