Kehidupan Baru

Ini cerita yang paling terbaik yang gua pernah hasilkan kerana cerita ini membongkar kehidupan gua yang baru, cerita memang menarik tetapi gua malu (tipu). Pada 8 haribulan 3 di tahun 2013 gua telah sah menjadi suami orang, dengan sekali lafaz akad nikah kehidupan baru gua bermula, Alhamdulillah majlis akad nikah gua berjalan dengan lancar dan selamat. Perasaan ketika sebelum akad nikah hanya lelaki yang sudah berkahwin sahaja tahu, yang belum berkahwin tu sila-sila lah bersedia. Dengan mengenakan sepasang baju Melayu berwarna perak bersamping 3D dan bersongkok kan kehitaman gua menghadapi majlis yang serba mendebarkan, berkadikan bakal bapak mertua (sebelum majlis) suasana menjadi semakin hangat gua rasakan. Semuanya gua hadapi dengan tenang dan cuba mengawal keadaan dan akhirnya majlis selesai tidak sampai 30 minit, segala debaran yang gua rasakan sebelumnya akhirnya menjadi satu perasaan gembira yang sukar di gambarkan. Sekarang gua bergelar SUAMI, gua tak percaya. Ha ha ha . . . . .





8 ulasan:

pizli.mw berkata...

Alhamdulillah. Tahniah. Lahirkan pemain bola yang boleh diharap ye. Hahaha.

kupu-kupu biasa berkata...

tahniah wei... oii lu kata nak hantar something kat gua.. nape mcm x sampai2 pon... amik alamat gua beria... (kan betul gua teka lu nk bg kad kawen... hahahaha)

Unknown berkata...

Pizli -> Tq.. Hahaha, melahirkan pemain bola sepak tu yg susah tu.. Hihi

Unknown berkata...

Kupu2 -> Tak sampai? Adusss... Gua pakai kurier, demm.. So sorry, mmg gua nak bgi kad pun :D

Tanpa Nama berkata...

selamat pengantin baru!

Miss RoRi

kupu-kupu biasa berkata...

ye ke?.. ahhhh kejam lah curier tu... serious x sampai... neway, million congrats ye.. welcome to the club...

suezen berkata...

ko dh kahwin biskut?...x sound2.....btw tahniah weh...moga kekal ke anak cucu

Unknown berkata...

Sue: mcm tu la nmpk gayenye.. bt kecil-kecilan je, thanks... INSHAALLAH